Abu Bakar Hussian
Tuan Haji Abu Bakar Hussian | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak untuk Titi Serong | |
Dalam jawatan 2013 – 2018 | |
Didahului oleh | Khalil Idham Lim Abdullah |
Digantikan oleh | Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Amanah) |
Pesuruhjaya PAS Perak | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Didahului oleh | Ahmad Awang |
Digantikan oleh | Razman Zakaria |
Butiran peribadi | |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Kediaman | Perak |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulama |
Tuan Haji Abu Bakar Hussian adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Perak bertanding di atas tiket PAS pada penggal 2013-2018. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Ipoh[1] selepas Perak bertukar kerajaan negeri dari Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional.
Rujukan
- ^ "22 NGO DAKWAH ISLAM SERTAI SESSI DIALOG BERSAMA DATUK BANDAR & NGO ISLAM NEGERI PERAK BAGI HALATUJU IPOH BANDARAYA BESTARI SEJAHTERA". Majlis Bandaraya Ipoh. 6 Disember 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-26. Dicapai pada 26 Jun 2021.