Ahmad Dusuki Abdul Rani

Ustaz

Ahmad Dusuki Abdul Rani
Butiran peribadi
LahirAhmad Dusuki bin Abdul Rani
7 Februari 1976
Jerantut, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
HubunganNik Abdul Aziz Nik Mat (bapa saudara)
PendidikanUniversiti Al-Azhar (B.A. Syariah & Undang-undang)
PekerjaanPenceramah motivasi
Laman web rasmihttps://yayasanannabawi.com/

Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani (lahir 7 Februari 1976) adalah seorang pendakwah, penceramah agama dan pengasas Yayasan An -Nabawi iaitu satu Badan menguruskan Pendidikan, Dakwah dan Kebajikan sesama Muslim tanpa sempadan.

Latar belakang dan keluarga

Ahmad Dusuki dilahirkan di Jerantut, Pahang.

Pendidikan

Beliau mula mendapat pendidikan awal rendah di Sekolah Kebangsaan Damak, Jerantut, Pahang dan sekolah menengah di Maahad Darul Anuar Kota Bharu dan Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah dan Undang-undang syukbah Islamiah pada 1995 hingga 1999.[1]

Kerjaya

Sebelum melanjutkan pengajian di Mesir, beliau pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Taman Midah Cheras (1994-1995) dan Sekolah Menengah Agama Batu 10 Cheras (1995). Sekembalinya dari Mesir, beliau bertugas sebagai pensyarah di Kolej Sistematik (2000-2004). Belau sering dijemput menjadi penceramah radio Selangor FM bagi rancangan Suara Mimbar (2001), dan radio Nasional FM rancangan Dinamik, Fiqhul Sirrah (2002). Beliau juga menjadi tenaga pengajar Persatuan Orang Pencen (POP) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor (2000 sehingga kini) selain mengajar di masjid-masjid, surau, dan jabatan-jabatan kerajaan serta swasta di negeri Selangor, Perak, Johor, Pahang, Kedah, Perlis dan kawasan sekitar.

Kemasyarakatan

Ustaz Ahmad Dusuki juga aktif dalam kegiatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sekarang merupakan merupakan Presiden NGO Geng Ustaz (GU). Selain itu, beliau juga mengasaskan Maahad Tahfiz An-Nabawi (MATAN) yang mempunyai 6 cawangan iaitu Maahad Tahfiz Al-Azhari Machang Kelantan, MATAN Shah Alam, MATAN Jerantut, MATAN Langkawi, Kolej Islam An Nabawi dan MATAN Terengganu.

Perubatan dan Rawatan Islam

Beliau turut berkecimpung dalam dunia perubatan Islam dan mengasaskan pusat rawatan Islam yang dinamakan sebagai Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Sek. 8 Shah Alam. Kompleks tersebut menempatkan sekolah tahfiz yang memuatkan 150 pelajar serta pusat rawatan Islam yang menyediakan perkhidmatan secara percuma bagi mengelak orang ramai terbabit dalam kegiatan syirik.[2]

Pengiktirafan

  • Tokoh Pendakwah sempena Hari Anak Muda Kelantan - 15 Februari 2019[3]

Penulisan

  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2019). Fal Yafrahu: Maka Bergembiralah. Karya Bestari. ISBN 9789678609296.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (Oktober 2019). Syurga, Ganjaran Terindah. Galeri Ilmu. ISBN 9789830978536.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (Jun 2019). Terhumban Ke Kawah Neraka. Galeri Ilmu. ISBN 9789830978192.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2018). Mau'Izhah Hasanah #4: Talian Hayat Di Barzakh. Galeri Ilmu. ISBN 9789830977133.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (April 2018). Komik Daurah – Alam Barzakh. Telaga Biru Sdn Bhd. ISBN 978-967-388-378-3.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2017). Tour De Jannah 2.0 : Berlari Ke Syurga. Galeri Ilmu. ISBN 9789830976365.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2017). Mau'izhah Hasanah #3: Khabar Dari Barzakh. Galeri Ilmu. ISBN 9789830976693.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (Februari 2017). Nota Ajal Seorang Mukmin. Karya Bestari. ISBN 9789678607728.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (Januari 2017). Mau'izhah Hasanah #2: Teman Di Barzakh. Galeri Ilmu. ISBN 9789830976242.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani; Mohd Khairi Ismail; Nik Ahmad Shafie Raja Daud (Mei 2017). Duhai Hati, Berbahagialah!. PTS Publications. ISBN 9789674810429.
  • Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ahmad Dusuki Abd Rani; Syed Norhisham Tuan Padang; Harryanto Rizal Rokman; Imam Muda Hafiz (Januari 2017). Nurulhuda (penyunting). Bila Ustaz Dah Payung. Karya Bestari.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2016). Mau'izhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh. Galeri Ilmu. ISBN 9789830976105.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2016). Tour De Jannah. Galeri Ilmu. ISBN 9789830975887.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani; Syed Abdul Kadir Aljoofre (2016). #DEEP: 100 Status Sebelum Mati. Nur El-Hikmah. ISBN 9789671337721.
  • Ahmad Dusuki Abdul Rani (2015). Mohonlah Redha Ilahi. Karya Bestari. ISBN 9789678606325.

Keputusan Pilihan Raya

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2018 Kota Anggerik, Selangor Dusuki Abdul Rani PAS 9,943 Najwan Halimi PH (PKR) 26,947 45,814 17,004
Jumaeah Masdi BN (UMNO) 8,924

Rujukan

  1. ^ Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani Diarkibkan 2020-02-17 di Wayback Machine Telaga Biru
  2. ^ Mohd Zin Ali (27 Mei 2015). "Berniaga di pasar malam untuk beli basikal". Berita Harian. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Ustaz Ahmad Dusuki dianugerah Tokoh Pendakwah". Harakahdaily. 16 Februari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar