Anjing Weimar

Anjing Weimar
Betina berbulu pendek, berusia dua tahun
Nama lainWeimaraner
Anjing penuding Weimar
Nama ringkasRaner
Weim
"Grey Ghost"
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 30–40 kg (66–88 lb)[1][2]
Betina 25–35 kg (55–77 lb)[1][2]
Tinggi Jantan 59–70 cm (23–28 in)[1][2]
Betina 57–65 cm (22–26 in)[1][2]
Jangka hayat 11–14 tahun[3]
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Weimar, weimaraner,[a] atau anjing penuding Weimar[b] ialah satu baka anjing pemburu bersaiz sederhana hingga besar dengan sejarah yang sekurang-kurangnya seawal abad kesembilan belas.[4]

Ia berasal dari kawasan bandar raya Weimar (pada masa itu di Saxe-Weimar-Eisenach, kini di negeri Thüringen), yang sempenanya ia dinamai.[5] Ia diiktiraf sebagai baka pada tahun 1891. Ia merupakan gundog serba guna yang bercirikan kelajuan dan staminanya, hidung dan mata bagusnya, dan keberanian dan kecerdasannya;[6] di Jerman, ia tidak dianggap sesuai untuk pembelaan sebagai anjing teman.[5]

Sejarah

Banyak teori tentang asal usul anjing Weimar telah dikemukan, tetapi terdapat sedikit fakta bersejarah berdokumen; anjing kelabu perak ditunjukkan dalam lukisan oleh Antoon van Dyck pada abad ketujuh belas dan oleh Jean-Baptiste Oudry pada abad kelapan belas.[7]:543[5] Baka ini dipercayai telah berasal dari kawasan bandar raya Weimar (pada masa itu di Saxe-Weimar-Eisenach, kini di negeri Thüringen) – bandar raya yang sempenanya namanya diterbitkan.[7]:543[5] Anjing ini kadang-kadang didakwa dibela di pekarangan istana Karl August, Großherzog Saxe-Weimar-Eisenach, pada awal abad kesembilan belas.[1][2]

Mulai tahun 1879, anjing ini dianggap sebagai varian biru bagi anjing penuding berbulu pendek Jerman dan layak untuk pendaftaran dalam buku pembaka Kurzhaar Klub.[7]:545 Ia pertama kali muncul dalam pertunjukan anjing pada tahun 1880, apabila empat belas contoh dipersembahkan di Berlin. Contoh-contoh ini tergolong dalam tiga jenis berlainan, daripada tiga buah kenel berlainan: Thüringer Hund ("anjing Thüringen") yang tradisional; Weißenfelser Hund ("anjing Weißenfels"), yang agak lebih anggun; dan Sanderslebener ("[anjing] Sandersleben"), yang merupakan perantaraan antara kedua-duanya.[7]:545 Anjing Weimar diiktiraf sebagai baka tersendiri pada tahun 1891.[5] Piawaian baka dirangka pada tahun 1896 dan, pada tahun 1897, sebuah persatuan baka diasaskan di Erfurt dengan nama Verein zur Reinzucht des silbergrauen Weimaraner-Vorstehhund ("Persatuan untuk Pembiakbakaan Tulen Anjing Penuding Weimar Kelabu Perak"); ini tidak lama kemudian diubah kepada Verein zur Züchtung des Weimaraner Vorstehhundes ("Persatuan untuk Pembiakbakaan Anjing Penuding Weimar").[7]:545[8]

Pada tahun-tahun awal abad kedua puluh – tempoh Perang Besar – anjing Weimar menghampiri kepupusan; ia dibentuk semula daripada segelintir contoh tersisa daripada baka ini.[7]:545[9]:237

Ia diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1954.[10]

Dalam lima belas tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2021, bilangan pendaftaran baharu tahunan di Jerman berpurata pada sekitar 485, dengan angka terendah sebanyak 390 dan angka tertinggi sebanyak 607.[11]

Ciri

Betina berbulu panjang

Anjing Weimar bersaiz sederhana hingga besar: jantan berdiri setinggi sekitar 59–70 cm (23–28 in) pada paras kelasa, manakala betina pula kira-kira setinggi 57–65 cm (22–26 in); berat berkisar dalam lingkungan 30–40 kg (66–88 lb) untuk jantan dan 25–35 kg (55–77 lb) untuk betina.[1][2][12]

Lapis bulu mungkin pendek atau panjang; lapis bulu ganda sederhana panjang kadang-kadang terlihat.[1][2] Lapis bulu mungkin berwarna kelabu mencit, kelabu rusa, atau kelabu perak dengan pelbagai cahaya warna, atau berwarna perantaraan bagi warna-warna tersebut; tanda-tanda putih kecil pada kaki dan dada ditoleransi.[1][2] Matanya berwarna ambar, daripada pucat hingga gelap; telinganya tergantung, dengan hujung membulat.[1][2]

Antara penyakit saraf yang berkaitan dengan anjing Weimar merupakan hipoplasia serebelum, hipomielinogenesis, dan disrafisme spina.[13]:6 Penyakit atau kecacatan lain yang terhadapnya ia mempunyai predisposisi genetik atau statistik termasuk distrofi kornea, distikiasis, entropion, pembokongan rawan membran kelipan, demodikosis menyeluruh, sindrom poket kantal medial, pengulseran kornea refraktori, dan pembalikan jantina XX,[14]:153 dan juga – pada anjing jantan sahaja – disfungsi neutrofil anjing Weimar,[15]:928 pododermatitis, dan displasia trikuspid.[14]:153

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat median sebanyak 12.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[16]

  • Seekor betina berbulu panjang
    Seekor betina berbulu panjang
  • Biru bukan warna yang diterima
    Biru bukan warna yang diterima

Kegunaan

Anjing Weimar ialah anjing pemburu serba guna dan dapat digunakan untuk menjejak, menuding, menggarah, atau mengutip burung atau buruan lain.[6] Pendaftaran tertakluk kepada kejayaan dalam ujian kerja.[1][2] Di Jerman, ia tidak dianggap sesuai untuk pembelaan sebagai anjing teman. Menurut kelab baka, ia "... pada dasarnya sesuai pada tangan pemburu kerana perkembangannya dan ciri-cirinya ... Ia bukan anjing teman, tetapi sebaliknya anjing pemburu sesungguhnya. Oleh yang demikian, ia memerlukan kerja dalam perburuan amali untuk memulihara sifat seimbangnya";[c] anak anjing ditempatkan terutamanya dengan pemburu.[5]

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ وايمر;وايمارانرcode: ms is deprecated ; Jerman: Weimaranercode: de is deprecated ; /ˈvmərɑːnər/
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ وايمرcode: ms is deprecated ; Jerman: Weimaraner Vorstehhundcode: de is deprecated
  3. ^ "Es ist einleuchtend, dass der Weimaraner auf Grund seiner Entwicklung und seiner Eigenschaften grundsätzlich in Jägerhände gehört. ... Er ist kein Begleithund, sondern ein Jagdhund durch und durch. Als solcher benötigt er Arbeit im praktischen Jagdbetrieb, um sein ausgeglichenes Wesen zu bewahren"code: de is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j "FCI-Standard Nr.99 WEIMARANER" [Piawaian FCI No. 99 Anjing Weimar] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 26 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  2. ^ a b c d e f g h i j "FCI-Standard N° 99 WEIMARANER" [Piawaian FCI No. 99 Anjing Weimar] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 26 Mei 2015. Dicapai pada 4 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ O'Neill, Dan G.; Church, David B.; McGreevy, Paul D.; Thomson, Peter C.; Brodbelt, Dave C. (25 September 2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" [Kelanjutan usia dan mortaliti anjing berpemilik di England]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. ISSN 1532-2971. PMID 24206631. S2CID 13103255. "n=26, median=12.6, IQR=11.1–13.5"
  4. ^ Gundog: Weimaraner. London, United Kingdom: The Kennel Club. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  5. ^ a b c d e f Die Rasse des Monats: Weimaraner (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan pada 5 Ogos 2020.
  6. ^ a b [s.n.] ([s.d.]). Weimaraner (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: Gundog Journal. Diarkibkan pada 3 Disember 2021.
  7. ^ a b c d e f Hans Räber (1995). Enzyklopädie der Rassenhunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung (jilid 2) (dalam bahasa Jerman). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440067529.
  8. ^ Verein (dalam bahasa Jerman). Weimaraner Klub e.V. Diarkibkan pada 25 Oktober 2023.
  9. ^ Gabriele Lehari (2013 [2009]). 400 Hunderassen von A - Z (edisi ketiga) (dalam bahasa Jerman). Stuttgart (Hohenheim), Jerman: Eugen Ulmer KG. ISBN 9783800178827.
  10. ^ "FCI breeds nomenclature: WEIMARANER (99)" [Tatanama baka FCI: ANJING WEIMAR (99)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa.
  11. ^ Welpenstatistik (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan pada 21 Februari 2024.
  12. ^ Weimaraner (Kurzhaar) (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan pada 24 September 2023.
  13. ^ Ronaldo C. Da Costa, Curtis W. Dewey (2015). Practical Guide to Canine and Feline Neurology (dalam bahasa Inggeris), edisi ke-3, e-buku. Ames, Iowa, Amerika Syarikat: John Wiley & Sons. ISBN 9781119062042.
  14. ^ a b Alex Gough, Alison Thomas (2004). Breed Predispositions to Disease in Dogs and Cats (dalam bahasa Inggeris). Oxford, Amerika Syarikat: Blackwell Publishing. ISBN 9781405107488.
  15. ^ Etienne Côté, Stephen J. Ettinger, Edward C. Feldman (penyunting) (2024). Ettinger’s Textbook of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris), edisi ke-9, jilid 1. Philadelphia, Amerika Syarikat: Elsevier Health Sciences. ISBN 9780443107856.
  16. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Jerman
Hound
Jerman
Gundog
Anjing gembala
Anjing bumi
Anjing mainan
Lain-lain
Pupus
  • l
  • b
  • s
Anjing penuding
dan seter
Anjing pengutip
Spaniel
Anjing air
Baka pupus