Anjing gembala Bergamo

Anjing gembala Bergamo
Nama lainAnjing Bergamo
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 32–38 kg (71–84 lb)[1]
Betina 26–32 kg (57–71 lb)[1]
Tinggi Jantan 58–62 cm (23–24 in)[1]
Betina 54–58 cm (21–23 in)[1]
Bulu felt pada bahagian utama tubuh
Warna antara kelabu pudar dengan hitam
Pengelasan dan piawaian
FCI Kumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}} (Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Bergamo[a] atau hanya anjing Bergamo atau bergamasco[b] ialah satu baka anjing gembala biri-biri Itali. Ia berasal dari Alpi e Prealpi Bergamasche, tempat yang menyaksikan penggunaannya sebagai anjing gembala untuk kedua-dua biri-biri dan lembu.

Sejarah

Asal usul anjing gembala Bergamo tidak diketahui.[2] Sebuah kajian genetik pada tahun 2018 menemukan bukti haplotip yang dikongsi dengan baka-baka Eropah lain termasuk anjing gembala Picardie, anjing gunung Bern, dan anjing gembala Brie.[3]

Anjing jenis ini dipamerkan pada pertunjukan anjing pertama Itali di Milan pada tahun 1881.[2] Pendaftaran pertama baka ini dalam Libro Origini Italiano, iaitu buku pembaka kebangsaan Itali untuk anjing, adalah pada tahun 1891.[4] Sebuah persatuan baka, yang kini dipanggil Associazione Amatori del Cane da Pastore Bergamasco ("Persatuan Pencinta Anjing Gembala Bergamo"), diasaskan pada tahun 1949.[2] Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1956[2] dan diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun yang sama.[5]

Dalam tempoh sembilan tahun dari tahun 2011 hingga tahun 2019, pendaftaran tahunan di Itali berpuratakan 97 setahun, dengan maksimum 149 dan minimum 48.[4]

Ciri

Lapis bulunya kusut pada tubuh, kurang sedemikian pada kepala

Anjing Bergamo ialah anjing tegap dan selekeh dengan saiz sederhana, tubuh kukuh, dan perkadaran baik. Ia adalah kira-kira bergaris luar segi empat sama apabila dilihat dari sisi – panjang tubuh hampir-hampir sama dengan ketinggian pada paras kelasa.[1][6] Jantan berdiri kira-kira setinggi 58–62 cm (23–24 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat kira-kira 32–38 kg (71–84 lb); betina adalah kira-kira 4 cm (1.6 in) lebih rendah dan secara purata 6 kg (13 lb) lebih ringan.[1][7]

Ia bercirikan lapis bulu tebal panjang yang meliputi setiap bahagian anjing berkenaan. Terutamanya pada bahagian belakang tubuhnya, lapis bulunya membentuk kunci kusutan panjang yang menyediakan perlindungan bagus daripada cuaca buruk; pada bahagian hadapan tubuhnya, helaian bulunya kasar dan membentuk gelang-gelang beralun seperti yang pada kambing, manakala helaian bulu di kepala adalah agak lebih halus.[7] Lapis bulunya mungkin mempunyai sebarang cahaya warna kelabu, antara hitam sangat pucat dengan kusam; sesetengah sentuhan warna putih telur atau warna fulvus diizinkan.[7]

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا بيرݢاموcode: ms is deprecated ; Itali: cane da pastore bergamasco; pastore bergamascocode: it is deprecated ; bahasa Inggeris: Bergamasco shepherd dog; Bergamasco sheepdogcode: en is deprecated
  2. ^ Jawi: انجيڠ بيرݢامو; بيرݢامسکوcode: ms is deprecated ; Itali: bergamascocode: it is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 194 CANE DA PASTORE BERGAMASCO (Bergamasco Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 194 Anjing Pemburu Bergamo] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jane Moore. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 15 September 2020. Dicapai pada 15 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b c d Associazione Amatori del Cane da Pastore Bergamasco: Storia (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 11 Ogos 2020.
  3. ^ Talenti, Andrea; Dreger, Dayna L.; Frattini, Stefano; Polli, Michele; Marelli, Stefano Paolo; Harris, Alexander C.; Liotta, Luigi; Cocco, Raffaella; Hogan, Andrew N.; Bigi, Daniele; Caniglia, Romolo; Parker, Heidi G.; Pagnacco, Giulio; Ostrander, Elaine Ann; Crepaldi, Paola (14 Februari 2018). "Studies of modern Italian dog populations reveal multiple patterns for domestic breed evolution" [Kajian-kajian populasi-populasi anjing Itali moden mendedahkan berbilang pola untuk evolusi baka bela jinak]. Ecology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 8 (5): 2911–2925. Bibcode:2018EcoEv...8.2911T. doi:10.1002/ece3.3842. ISSN 2045-7758. PMC 5838073. PMID 29531705. S2CID 3883023.
  4. ^ a b Cane da Pastore Bergamasco (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  5. ^ "FCI breeds nomenclature: CANE DA PASTORE BERGAMASCO (194)" [Tatanama baka FCI: ANJING PEMBURU BERGAMO (194)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  6. ^ Descrizione: Cane da Pastore Bergamasco (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 7 Julai 2014.
  7. ^ a b c FCI Standard N° 194: Cane da Pastore Bergamasco (dalam bahasa Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  • l
  • b
  • s