Apam hitam manis

Apam hitam manis merupakan sejenis apam yang biasa terdapat di Malaysia. Ia diperbuat dengan menggunakan tepung gandum, telor, gula, dan mentega.

Nama

Namanya adalah dari warnanya yang kehitam-hitaman dan rasanya yang manis. Ia merupakan sejenis kuih tidak berkuah, dan boleh dimakan begitu sahaja.

Penyebaran

Ia banyak dijual di pasar tani dan pasar malam, dan terdapat di seluruh Malaysia.

Ia merupakan sejenis kuih tidak berkuah, dan boleh dimakan begitu sahaja, tetapi kurang popular, mungkin kerana rupanya yang kurang menarik.


Resepi

Bahan A:

  • 250 gm mentega (1 ketul butter)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air

Bahan B

  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan soda
  • 3 cawan tepung gandum

Caranya

Bahan A

Masak gula diatas api kecil sehingga perang baru masuk air dan mentega biar sejuk/suam

Bahan B

Mangkuk berasngkan pukul telur dengan gula tak kembang pun tak apa. Masukkan bahan yang lain dan campur bahan A sekali .masuk dalam mangkuk kecil kukus dalam mangkuk. Pastikan kukusan itu panas baru kukus dalam 15 minit(bergantung sebesar mana acuan yang digunakan)

Sekiranya lekat, letakkan sedikit planta pada acuan.

Pautan luar

  • http://www.myert.net/v3/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=262