Bandar Kuala Pilah
Kuala Pilah Kolo Pilah | |
---|---|
Bandar dan ibu daerah | |
Transkripsi lain-lain | |
• Jawi | كوالا ڤيله |
• Cina | 瓜拉庇勞 |
• Tamil | கோலா பிலா |
Jalan Besar (sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 9 ) melalui pusat bandar | |
Lokasi Bandar Kuala Pilah di dalam Daerah Kuala Pilah | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Kuala Pilah |
Luak | Ulu Muar |
Pentadbiran | |
• Jenis | Pihak berkuasa tempatan |
• Badan | Majlis Daerah Kuala Pilah |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 72xxx |
Laman sesawang | www |
Majlis Daerah Kuala Pilah | |
---|---|
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | Jun 1980 |
Kepimpinan | |
Presiden | Mohd Faizal Abdul Manap |
Setiausaha Daerah | Amin Jamail Thamimul Ansary |
Moto | |
Indah, Makmur | |
Tempat persidangan | |
72009 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus | |
www | |
sunting |
Kuala Pilah (sebutan dalam loghat tempatan: Kolo Pilah; Jawi: كوالا ڤيلهcode: ms is deprecated ), juga diringkaskan sebagai Pilah sahaja, merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah senama di tengah Negeri Sembilan, Malaysia, serta merupakan pusat pentadbiran bagi daerah berkenaan.
Bandar ini terkenal dengan seni bina rumah-rumah kedai berhias cantik cerminan kemewahan para pengusaha syarikat milik mereka yang berniaga di sini pada sekitar 1910-an dan 1920-an ketika ia menjadi tempat pertemuan jalan-jalan timur dan barat Semenanjung.[1]
Geografi
Bandar Kuala Pilah terletak di bahagian hulu Sungai Muar, di lereng timur Banjaran Titiwangsa. Jaraknya ke ibu negeri, Seremban, adalah sekitar 39 km (22.3 bt) ke arah barat. Seri Menanti, iaitu bandar diraja bagi Negeri Sembilan, terletak 14 km (8.7 bt) ke arah barat daya.
Pentadbiran
Bandar Kuala Pilah merangkumi mukim-mukim Pilah, Ulu Muar dan Melang di dalam Daerah Kuala Pilah, iaitu salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan. Bandar ini juga merupakan ibu daerah bagi daerah berkenaan.
Dari segi pentadbiran adat pula, bandar ini adalah sebahagian daripada Luak Ulu Muar, iaitu salah satu daripada Luak Tanah Mengandung yang mengelilingi wilayah diraja Seri Menanti.
Pengangkutan
Laluan Persekutuan Malaysia 9 merupakan jalan raya utama yang melalui bandar Kuala Pilah, menghubungkannya dengan Tampin di selatan dan dengan Simpang Pelangai dan Karak, Pahang di utara. Laluan Persekutuan Malaysia 51 beserta dengan Laluan Negeri N3, menghubungkan bandar ini dengan Seremban, manakala Laluan Negeri N112 pula menghubungkan bandar ini dengan Kuala Jelai dan Bahau, Daerah Jempol di timur.
Rujukan
Pautan luar
- KOD PENCAMAN LOT TANAH – Unique Parcel Identifier : UPI Diarkibkan 2017-12-27 di Wayback Machine