Barisan Barat (Kesatuan Soviet)

Barisan Timur Perang Dunia II pada permulaan Operasi Barbarossa

Barisan Barat adalah sebuah Barisan (formasi tentera) bagi Tentera Merah, iaitu salah sebuah dari Barisan-Barisan Tentera Merah semasa Perang Dunia II.

Barisan Barat telah diwujudkan pada 22 Jun 1941 dari Wilayah Tentera Khas Barat (yang mana sebelum Julai 1940 dikenali sebagai Wilayah Tentera Khas Belorussia). Panglima pertama Barisan ialah Dmitry Pavlov (meneruskan dari jawatannya sebagai Panglima Wilayah sejak Jun 1940).

Sempadan barat Barisan ini pada Jun 1941 ialah 470 km panjang, dari sempadan selatan Lithuania hingga ke Sungai Pripyat dan bandar Włodawa. Ia bersambung dengan Barisan Barat Laut yang bersebelahan, yang meliputi sempadan Lithuania hingga ke Laut Baltik, dan Barisan Barat Daya di Ukraine.

Para Panglima semasa Perang Dunia II

  • Jeneral Ketumbukan Dmitri G. Pavlov (hingga 28 Jun 1941; dihukum bunuh)
  • Andrey Yeryomenko (28 Jun – 2 Julai 1941)
  • Marsyal Semyon K. Timoshenko (2 Julai – September, 1941)
  • Lt. Jeneral Ivan S. Konev [dinaikkan pangkat ke Kolonel Jeneral pada September 1941] (September–Oktober 1941; Ogos 1942 – Februari 1943)
  • Jeneral Georgy K. Zhukov (Oktober 1941 – Ogos 1942)
  • Kolonel Jeneral V. D. Sokolovsky [dinaikkan pangkat ke Jeneral penuh pada Ogos 1943] (Februari 1943 – April 1944)

Rujukan

  • Glantz, David (2010), Barbarossa Derailed: The Battle For Smolensk, Volume 1, Helion & Company, ISBN 978-1-906033-72-9 |volume= has extra text (bantuan)
  • Dr Steven J. Main 'The Belarusian Armed Forces: a Military-Political Analysis 1991-2003', G126, Conflict Studies Research Centre, October 2003, available via CSRC website
Barisan-barisan Tentera Merah dalam Perang Dunia II
1938–1940
  • Barat Laut
  • Belorusia
  • Ukraine
  • Timur Jauh
Jun 1941
  • Utara
  • Barat laut
  • Barat
  • Barat daya
  • Selatan
  • Timur Jauh
Tengah perang
  • Karelia
  • Leningrad
  • Volkhov
  • Kalinin
  • Tengah
  • Bryansk
  • Zon Pertahanan Moscow
  • Garisan Pertahanan Moscow
  • Barisan Simpanan Moscow
  • Kumpulan Tentera Maritim
  • Simpanan
  • Oryol
  • Kursk
  • Voronezh
  • Don
  • Stalingrad
  • Tenggara
  • Steppe
  • Caucasus Utara
  • Transcaucasus
  • Caucasia
  • Crimea
Hujung perang
  • Baltik 1
  • Baltik Ke-2
  • Baltik Ke-3
  • Belorussia Pertama
  • Belorusia Ke-2
  • Belorusia Ke-3
  • Ukraine Pertama
  • Ukraine Ke-2
  • Ukraine Ke-3
  • Ukraine Ke-4
  • Transbaikal
  • Timur Jauh 1
  • Timur Jauh Ke-2