Beduk
Beduk (Jawi: بدوقcode: ms is deprecated ) atau tabuh (Jawi: تابوهcode: ms is deprecated ) merupakan sebuah gendang yang digunakan bagi menandakan masuk waktu solat di surau atau masjid pada zaman dahulu di serata rantau Nusantara, Asia Tenggara; ia juga digunakan sebagai alat muzik semasa upacara rasmi pada suatu masa dahulu. Alat ini sering dipukul mengikut rentak yang semakin menaik lajunya atau accelerando.[1]
Pada kebiasaannya ia diperbuat daripada bingkai kayu batang pokok nangka yang ditebuk, dan hanya sebelah bukaan dipasang kulit baik dari lembu atau kerbau.[1][2]
Lihat juga
- Gong
Rujukan
Pautan luar
- Laman Perpustakaan Negara Malaysia. Diarkibkan 2007-05-27 di Wayback Machine