Bon pampasan
Bon pampasan ialah bon yang dikeluarkan oleh penjamin kepada pemilik projek sebagai sebahagian daripada proses pembidaan untuk menjamin bahawa pembida yang menang akan melaksanakan kontrak menepati syarat pembidaan.[1]
Cagaran wang tunai tertakluk kepada perampasan penuh atau perampasan separa jika kontraktor yang memenangi bida kemudian gagal:
- melaksanakan kontrak; atau
- gagal membekalkan bon prestasi dan/atau bon bayaran.
Bon pampasan menjamin dan memastikan bahawa pembida akan memenuhi kedua-dua syarat jika dia menang.[2]