Budak Pailang

Budak Pailang
PengarahHashim Rejab
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
  • Aeril Zafrel
  • Wawa Zainal
  • Niezam Zaidi
  • Zalif Sidek
  • Epy Kodiang
  • Zul Suphian
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Metrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 1 November 2013 (2013-11-01) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.96 juta

Budak Pailang merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 1 November 2012 di Malaysia. Ia diarah oleh Hashim Rejab, mengisahkan jenayah masyarakat seperti kongsi gelap. Ia dikelaskan sebagai 18 dan mula tayang pada 1 November 2012.

Masa tayangan adalah selama 1 jam 30 minit, filem ini diedarkan oleh Metrowealth Pictures.

Sinopsis

Pada suatu hari Badrul telah menyelamatkan seorang gadis iaitu She daripada diganggu oleh sekumpulan samseng jalanan. Disebabkan kejadian tersebut, Badrul mengalami kecederaan dan di situlah bermulanya perkenalan antara Badrul dan She. Sikap Badrul berbeza apabila berada di rumah yang hanya mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya tanpa sebarang reaksi. Akibat sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia kongsi gelap dan menjadi anak buah kepada Alex, Badrul mulai berubah menjadi mewah dan senang lenang. Sehinggalah Badrul ditangkap dan dimasukkan kedalam sekolah juvana.

Pelakon

  • Aeril Zafrel sebagai Badrul
  • Wawa Zainal sebagai She
  • Niezam Zaidi sebagai Rodi
  • Zalif Sidek sebagai Awang
  • Epy Kodiang sebagai Achoi
  • Zul Suphian sebagai Alex
  • Man Rahman sebagai Wandi
  • Eddy Rauf sebagai Samseng
  • Shah Rempit sebagai Pengedar Dadah
  • Aren Yunus sebagai Dani
  • Din Wahab sebagai Ayah Badrul
  • Maimon Mutalib sebagai Ibu Badrul
  • Imuda sebagai Tuan Rumah
  • Khaty Azean sebagai Skandal Dani
  • Lan Zailan sebagai Ayah She

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar