Bulan Di Kota Langit

  • Drama
    keluarga
    Cinta
    Konflik
Ditulis olehFaten SyamimiePengarahOllynn Khadri
Dibintangi oleh
  • Risteena Munim
  • Isa Khan
  • Qi Razali
  • Afiera Riana
Lagu pembukaanDari Hati - 6ixth SenseLagu penutupDari Hati - 6ixth SenseNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod30PenerbitanTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
CMA Media Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV OkeyFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal13 Jun 2020 – 2 Julai 2020KronologiMengikutiAlergi Mamat RomantikDiikuti olehDia Bidadari Dari Syurga

Bulan Di Kota Langit ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Ollynn Khadri, di bintangi oleh Risteena Munim, dan Isa Khan. Siri ini memulakan tayangan di TV Okey 16 Jun 2020.[1]

Sinopsis

Mengisahkan tentang Munirah (Risteena Munim)bersama empat orang abangnya setelah ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Munirah berjaya melanjutkaan pelajaran di kolej tempatan manakala abangnya masing-masing sudah mempunyai pelbagai kerjaya.

Abangnya yang pertama Amirul (Fezrul Khan) sebagai ahli bomba, Aqil (Fazren Rafi) seorang peguam, Afiq (Fahmy Reza) sebagai doktor dan Aathi (Fariz Redzwan) merupakan pelajar kolej.

Kisah kerukunan adik-beradik Munirah. Lagi-lagi watak Abang Long, sanggup berkorban untuk adik-adiknya. Sebelum ibunya meninggal dunia, Amirul diamanahkan untuk menjaga adik beradiknya dan Amirul seorang yang tegas dengan mereka.

Satu hari Munirah dapat tajuk tesis yang memerlukan dia buat kajian di Indonesia. Abang-abangnya risau akan Munirah dan selepas berbincang, Aathif diminta menemankan Munirah di Indonesia. Aathif pula cuba meyakinkan Munirah supaya pergi ke Indonesia seorang diri.

Munirah nekad pergi ke Indonesia seorang diri. Apabila Aqil terjumpa nota di dalam bilik Munirah, abang-abangnya bergegas mencarinya di lapangan terbang. Dalam hal ni, Aathif rasa bersalah sebab ini rancangannya. Amirul dan adik-adiknya terkejut dengan kehilangan Munirah dan menyalahkan Aathif. Selepas Munirah pergi, dia langsung tidak menelefon Aathif. Aathif risau kerana ini semua rancangannya.

Di Indonesia, Munirah mendapat kerja di sebuah restoran milik Pak Agus. Di situ dia berjumpa Uzair (Qi Razali) seorang pengembara dari Malaysia yang juga bekerja di restoran tersebut.

Tanpa diduga dia bertemu dengan pemuda Indonesia bernama Aditya lakonan (Isa Khan) yang merupakan penghidap penyakit tumor otak. Aditya sebenarnya melarikan diri daripada orang-orang di sekelilingnya sementara menantikan hari pembedahan yang bakal dijalankan ke atasnya. Apatahlagi dia sendiri sedar tiada jaminan untuk penyakitnya sembuh sepenuhnya meskipun setelah menjalani pembedahan.

Siapakah antara Aditya atau Uzair yang menjadi pilihan Munirah?

Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama Bulan Di Kota Langit mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.