Go beyond borders (2009-2017) This Is CNN (2017-kini)
Ibu pejabat
Atlanta, London dan Hong Kong
Pemilikan
Pemilik
Turner Broadcasting / Warner Bros. Discovery
Sejarah
Dilancarkan
September 1, 1985; 38 tahun yang lalu (September 1, 1985)
Ditutup
1 April 2022; 2 tahun yang lalu (2022-04-01) (Kristal-Astro) (HD)
Digantikan oleh
CNN Europe
Nama dahulu
CNN Europe
Ketersediaan
Satelit
Astro
Saluran 511 (HD)
Media penstriman
Astro
Astro GO / On Demand
CNN International (CNNI) ialah sebuah rangkaian televisyen berbahasa Inggeris yang menyiar rancangan berita, hal ehwal semasa dan perniagaan seluruh dunia. CNN International dimiliki Warner Bros. Discovery, dan bergabung dan sambil berkongsi banyak kandungan bersama CNN yang terhad kepada Amerika Syarikat dan Kanada.
CNN International terdapat di kebanyakan tempat di merata dunia, melalui edaran satelit dan kabel. Capaian antarabangsanya melebihi 200 juta rumah tangga dan bilik hotel di lebih 200 buah negara. Bagi kebanyakan penggunanya siarannya percuma, namun sesetengah syarikat televisyen berbayar merangkumkannya dalam pakej TV berbayarnya, atau mengisukan saluran maya pada versi percuma melalui satelit yang sama.
CNN International dianggap sebagai saluran berita kedua terbesar selepas BBC World.
Pengarah pengurusan CNN International ialah Tony Maddox.
Sebagai alat propaganda
Semasa perang Iraq, CNN telah dibunakan oleh Pantagon bagi menyiarkan beberapa berita yang kurang tepat sebagai taktik mengelirukan pihah lawan.[1] Selain itu CNN juga memainkan peranan menuduh pembabitan Saddam Hussein dengan serangan 9/11 bagi meningkatkan sokongan kepada perang Iraq.[2][3]
CNN International dan CNN Headline News pernah menuai insiden dalam usaha menewaskan Fox News Channel; ia sengaja memberi motif logo lama CNN International pada sebuak meja di kantor CNN di Atlanta, Amerika Syarikat