Couple

Couple
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreIndie pop power pop
Tahun aktif1996–kini
Ahli
  • Mohd. Aidil Rusli
  • Ariana Adnan
  • Firdaus Zainuddin
  • Izzat Ezzart
Bekas ahli
  • Hana Abdul Aziz
  • Ihsan Ariffin
  • Ojoe Azizul
  • Awang Masrin
  • Shahrin Ismail

Couple ialah sebuah kumpulan pop rock indie Malaysia yang ditubuhkan pada 1996, terdiri daripada 4 orang ahli dan merupakan antara kumpulan indie terawal[1] dan masih bergerak aktif sehingga kini.

Kumpulan ini banyak menggunakan promosi lagu-lagu mereka melalui media Internet kerana kesukaran mendapat tempat di stesen radio. Antara lagu yang dipromosi ialah 'Pergi' yang dimainkan oleh kumpulan ini sendiri iaitu hasil ciptaan bekas pemain gitar (Idris) dan vokalis mereka (Aidil) Kumpulan ini ditubuhkan oleh 4 orang anak muda tempatan dan Aidil merupakan "mastermind" bagi kumpulan Couple. [2][3]

Pencapaian

Kumpulan Couple pernah dicalonkan bagi Anugerah Pop bersama Datuk Siti Nurhaliza dalam Anugerah Shout! 2009. Mereka turut terbabit dengan pelancaran wajah baru Hai di Seremban Parade. [4]

Kumpulan ini turut terbabit dalam Konsert KL Tower Music Fest 2010 di Menara Kuala Lumpur.[5]

Pasaran luar negara

Kumpulan Couple berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila album terdahulu sudahpun memasuki pasaran Jepun dan Amerika Syarikat (AS) beberapa tahun lalu. Sehingga kini masih terdapat album Couple yang dijual di kedai-kedai kaset di Jepun manakala majalah hiburan di AS pula masih lagi memberikan liputan terhadap Couple sehingga kini. Antara lain, lagu Now That I Can See menjadi lagu tema bagi rancangan Humanzee, sebuah siri televisyen di Amerika Syarikat.

Diskografi

EP

  • Telegrams from the Heart (2001)

Album studio

Ahli kumpulan

  • Mohd. Aidil Rusli (vokal)
  • Ariana Adnan (gitar)
  • Firdaus Zainuddin (dram)
  • Izzat Ezzart (bass)

Bekas ahli

  • Hana Abdul Aziz (gitar)
  • Ihsan Ariffin (drum)
  • Ojoe Azizul (bass)
  • Awang Masrin (bass)
  • Shahrin Ismail ( drum )

Rujukan

  1. ^ Couple: Rock & Roll Atau 'Power-Pop'
  2. ^ Couple dipulau stesen radio?
  3. ^ Couple tidak tolak publisiti media.
  4. ^ Pelancaran wajah baru Hai hangatkan Seremban Parade
  5. ^ Kurang sambutan tak jejas persembahan.[pautan mati kekal]
  6. ^ Top of The Pop (2006)
  7. ^ Teenage Disc Fantastic.

Pautan luar

  • Anugerah Shout! bukan tiru MTV Awards Diarkibkan 2009-06-27 di Wayback Machine
  • Kumpulan Couple
  • Bayaran band indie cuma RM50?
  • Karnival Seni Kreatif Kita, NST.
  • Vokal Janice unik. Diarkibkan 2013-04-24 di Wayback Machine
  • Indie bands rock our youths at music fest.