Daging itik

Daging itik ialah daging yang diperoleh daripada sesetengah spesies burung dalam famili Anatidae yang dijumpai sama ada di air tawar atau masin. Daging itik dimakan sebagai sebahagian kebanyakan masakan di seluruh dunia.

Daging

Dada itik dengan sos epal-madu dan nasi liar

Daging itik biasanya diperoleh daripada dada dan kakinya. Daging kakinya lebih gelap dan agak lebih lemaknya berbanding daging dada, namun daging dada lebih gelap berbanding daging dada ayam atau ayam belanda. Sebagai burung air, itik mempunyai selapisan lemak subkutaneus penebat haba di antara kulit dan daging.

Daging dada itik tanpa tulang juga dipanggil "magret" dan boleh dipanggang seperti stik, biasanya mengekalkan kulit dan lemak.

Sajian

Daging itik digunakan dalam beraneka sajian di serata dunia, kebanyakannya melibatkan proses memanggang sekurang-kurangnya sebagai sebahagian proses memasak untuk merangupkan kulitnya. Sajian daging itik terpenting termasuklah:

  • Foie gras: hati yang diperkaya, atau pâté yang dibuat daripada hati, kadang-kala diambil dari itik tetapi lazimnya dari angsa
  • Daging itik Peking: hidangan Cina yang mana daging itik panggang disajikan dengan penkek dan sos hoisin
  • Turducken: hidangan Amerika Syarikat yang terdiri daripada ayam belanda, disumbat daging itik yang pula disumbat ayam.
  • Confit: kaki itik yang diawet dengan garam, kemudian diperap dan direbus dalam lemak itik, biasanya dengan bawang putih dan herba-herba lain. Perkataan Perancis confit bermaksud "diawet," dan nama Perancis bagi hidangan ini ialah "confit de canard."
  • Kamonabe (かもなべ·鴨鍋code: ja is deprecated ): hidangan Jepun, Nabemono dengan daging itik
  • Kamonamba atau Kamonamban (かもなんば·かもなんばん·鴨南蛮code: ja is deprecated ): hidangan Jepun, udon atau Soba dengan itik dan bawang.
  • Daging itik panggang dengan nasi gaya Kantonis
    Daging itik panggang dengan nasi gaya Kantonis
  • Itik golek, gaya Teochew
    Itik golek, gaya Teochew

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi
Duck
  • Domestic duck types Diarkibkan 2013-10-15 di Wayback Machine
  • Domestic duck nutrition values