Demografi Singapura

Demografi Singapura
Piramid penduduk Singapura setakat 2020
Kedinamikan
Jumlah penduduk5.92 juta
Kadar kematian 2.2/1,000 penduduk (2023)
Jangka hayat 83.0 tahun (2022)
 – lelaki 80.7 tahun (2022)
 – perempuan 85.2 tahun (2022)
Kadar kesuburan 0.97 (2023)
Bangsa
Etnik majoritiCina
Etnik minoritiMelayu, India, Serani
Bahasa
RasmiMelayu, Inggeris, Mandarin, Tamil
DituturkanMelayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Singlish dan lain-lain
Catatan kaki
[1][2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menurut Jabatan Perangkaan Singapura, negara ini merekodkan jumlah penduduk seramai 5.92 juta orang setakat Jun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 5% berbanding Jun tahun sebelumnya.[1] Daripada jumlah tersebut, 3.61 juta daripadanya merupakan warganegara, 1.77 juta orang bukan warganegara dan 540 ribu lagi merupakan penduduk tetap.[2] Kumpulan bukan warganegara ini secara majoritinya merupakan para pekerja hijrahan tanpa hak politik yang dikecualikan daripada perangkaan demografi yang rasmi.

Kumpulan etnik

Cina 77%, Melayu 14%, India 7.6%, lain-lain 1.4%.

Sumber: Banci 20008

Bahasa

Singapura memiliki empat bahasa rasmi: Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris lebih meluas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di antara kaum di Singapura. Ia juga digunakan dalam sistem pendidikan dan dalam pentadbiran kerajaan.

Bahasa Inggeris pasar yang digunakan oleh rakyat Singapura dalam situasi tidak formal dikenali sebagai 'Singlish'.

Walaupun kerajaan Singapura menggalakkan penggunaan Bahasa Mandarin untuk penduduk Cinanya, masih wujud segelintir penduduknya yang lebih selesa berbual dalam dialek masing-masing seperti, Hokkien, Teochew, Kantonis dan lain-lain. Namun penggunaan dialek lebih tertumpu kepada penduduk yang telah telah berumur.

Lebih 60% penduduk India Singapura bertutur dalam bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. Bahasa-bahasa India yang lain termasuk Malayalam,bahasa Telugu danHindi.

Lebih kurang 5000 orang peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya masih menggunakan sebuah dialek bahasa Melayu yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Baba.

Agama

Singapura pada umumnya membenarkan kebebasan beragama walaupun sesetengah kumpulan diperiksa dengan teliti oleh kerajaan. Terdapat juga kumpulan agama yang telah diharamkan.

Di Singapura, hampir semua orang Melayu beragama Islam. Agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat Singapura termasuk Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Hindu, Sikh dan Kristian.

Peratusan penganut agama (umur 15 tahun ke atas):

Buddha/Taoisme51.0%
Islam14.9%
Tiada agama14.8%
Kristian14.6%
Hindu4.0%
Lain-lain (Sikh, Konfucius, etc)0.6%

Sumber: Banci 2000

Jumlah penduduk

4,600,000 (ang. Julai 2003)

Struktur umur
Umur Peratusan Lelaki Wanita
0-14 tahun 18% 390,352 365,730
15-64 tahun 75% 1,520,875 1,590,355
65 tahun keatas 7% 124,413 159,539

(ang. 2000)

Kadar pertumbuhan penduduk 3.54%
Kadar kelahiran 12.79 kelahiran/1,000 penduduk
Kadar kematian 4.21 kematian/1,000 penduduk
Kadar migrasi (bersih) 26.8 migran/1,000 penduduk

(ang. 2000)


Nisbah jantina
Umur lelaki/wanita
waktu lahir 1.08
bawah 15 tahun 1.07
15-64 tahun 0.96
65 tahun keatas 0.78
Jumlah penduduk 0.96

(ang. 2000)

Kadar kematian bayi

3.65 kematian/1,000 kelahiran (ang. 2000)

Jangkahayat

lelaki: 77.1 tahun
wanita: 83.23 tahun (ang. 2000)

Kadar kesuburan

1.16 anak/wanita (ang. 2000)


Kadar literasi

Umur 15 tahun keatas

Tahun20001990
Jumlah92.5%89.1%
Lelaki96.6%95.1%
Wanita88.6%83.0%

Sumber: Banci 2000

Rujukan

  1. ^ a b "Singapore Population" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Singapura. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Julai 2024. Dicapai pada 17 Julai 2024.
  2. ^ a b "Overview" (dalam bahasa Inggeris). Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional, Pejabat Perdana Menteri. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2024. Dicapai pada 17 Julai 2024.
Portal:
  • flag Singapura