Diva Popular 2
- Drama
- Konflik
- Komedi
- Tiz Zaqyah
- Nabila Huda
- Erma Fatima
- Ogy Ahmad Daud
- Ben Amir
- 480i (SDTV)
- 1080i (HDTV)
Diva Popular 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Rashid Sibir, di bintangi oleh Tiz Zaqyah, dan Nabila Huda. Siri ini memulakan tayangan di Awesome TV 25 September 2021 menggantikan Penghulu Interim. [1]
Sinopsis
Musim sebelum ni, menyajikan kisah Erma Erika (Nabila Huda) dan Ika Natalia (Tiz Zaqyah) yang berebutkan Syazwan (Ben Amir), kali ini Engku Emran (Syafiq Kyle) pula menjadi lelaki rebutan.
Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menggoda Engku Emran.
Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada sahaja ketidakpuasan hati antara mereka, dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika (Ogy Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima).
Pelakon
- Tiz Zaqyah sebagai Ika Natalia
- Nabila Huda sebagai Erma Erika
- Fauziah Ahmad Daud sebagai Lola Kartika
- Erma Fatima sebagai Datuk Rona
- Kaka Azraff sebagai Wawa
- Ben Amir sebagai Shazwan
- Syafiq Kyle sebagai Engku Emran
Rujukan
- ^ Drama Diva Popular 2. MyInfoTaip. Dicapai 26 September 2021