Epentesis

Dalam bidang bahasa, penyelitan (Jawi: ڤڽليتنcode: ms is deprecated ), selitan bunyi (Jawi: سليتن بوڽيcode: ms is deprecated ) atau epentesis (Jawi: ايڤينتيسيسcode: ms is deprecated ) ialah penyisipan atau penyelitan sesuatu huruf atau bunyi ke dalam sesuatu perkataan tanpa mengubah maknanya.[1] Perkataan epentesis berasal daripada bahasa Inggeris yang berasal pula daripada bahasa Yunani Kuno iaitu perkataan epi- ‘penambahan’, en- ‘dalam’ dan thesis ‘memasukkan’. Epentesis boleh berlaku dalam pelbagai bahasa sama ada penambahan vokal atau penambahan konsonan atas sebab tertentu.

Epentesis dalam bahasa Melayu

Epetensis berlaku dalam bahasa Melayu disebabkan faktor:

Pengimbuhan kata kerja ekasuku

Apabila kata kerja yang hanya mempunyai satu suku kata diimbuhkan, vokal E pepet [ə] akan diselitkan.[2][3] Misalnya:

  • meN- + pam → mengepam
  • meN- + bom → mengebom
  • peN- + cat → pengecat

Memisahkan gugus konsonan

Kata pinjaman yang dipinjamkan lebih awal kebiasaannya akan berlaku epentesis vokal E pepet [ə], sekiranya terdapat gugus konsonan dalam perkataan asal. Hal ini berlaku agar dapat disesuaikan dengan lidah orang Melayu ketika itu.[4] Misalnya:

  • class → kelas
  • glass → gelas
  • club → kelab
  • stamp → setem

Berlaku juga penambahan vokal a [a] sekiranya gugus konsonan berada di belakang perkataan,[5] misalnya:

  • fact → fakta
  • chart → carta
  • lens → lensa

Mengindahkan Pengucapan

Penyisipan bunyi juga berlaku akibat interaksi artikulasi yang bertujuan untuk memperindahkan ucapan.[6] Misalnya:

  • sentiasa → senantiasa
  • gantung → gumantung
  • bulan → rembulan

Rujukan

  1. ^ Epentesis di Pusat Rujukan Persuratan Melayu
  2. ^ Vowel Epenthesis in Malay
  3. ^ FONOLOGI PERKATAAN YANG BERKATA AKAR SATU SUKU KATA DALAM BAHASA MELAYU
  4. ^ Prefixation and Reduplication in Malay: an Optimality-Theoretical Account
  5. ^ Sistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
  6. ^ huraian epentesis di bahagian Istilah Bahasa Melayu

Bacaan lanjut

  • Zaharani Ahmad (1994). Epentesis schwa dalam bahasa Melayu: Suatu analisis fonologi non-linear. Jurnal Dewan Bahasa 38(8), 676-689.