Geologi Semenanjung Malaysia

Geologi Semenanjung Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis batuan yang mempunyai julat usia antara Kambria hingga Kuaterner.

Tektonik

Secara tektonik, Semenanjung Malaysia ialah sebahagian daripada Plat Sunda yang membentuk struktur gunung lipat yang bersambung dari timur Burma hingga ke Thailand di bahagian arah utara dan menganjur ke Kepulauan Banka dan Belitung di timur hingga ke barat Borneo.

Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada 3 jalur utama berdasarkan sejarah geologi pembentukan dan jujukan litologi yang wujud, iaitu

  1. Jalur Barat Semenanjung Malaysia - sebahagian daripada blok Sibumasu yang berasal daripada superbenua Gondwana.
  2. Jalur Tengah Semenanjung Malaysia
  3. Jalur Timur Semenanjung Malaysia

Ketiga-tiga jalur ini dipisahkan oleh Garis Sutura Bentong-Raub yang menganjur dari Rantau Panjang, Kelantan di utara hingga ke Muar, Johor di selatan.

Evolusi Jalur Barat

Jalur Barat Semenanjung Malaysia ialah sebahagian daripada blok Sibumasu yang berasal daripada superbenua Gondwana.

Semasa usia Kambria sehingga Ordovisi, formasi batuan yang membentuk Langkawi berkemungkinan terbentuk berhampiran Lembangan Canning di kawasan Australia dalam superbenua Gondwana berdasarkan fosil fauna yang sama (Burrett dan Stait, 1985,1986).

  • Semasa usia Karbon Awal, blok Sibumasu terdiri daripada daratan dan lautan cetek.
  • Semasa usia Perm Awal, blok Sibumasu yang merupakan lautan cetek sepenuhnya bergerak menjauhi Australia.
  • Semasa usia Perm Akhir, blok Sibumasu terdiri daripada daratan dan lautan bercantum dengan blok Qiang-Tang dan blok Cimmeria Barat untuk membentuk benua Cimmeria.
  • Semasa usia Trias Akhir, blok SIbumasu yang merupakan laut sepenuhnya dalam blok Cimmeria bercantum secara menyusup ke bawah benua Cathaysialand yang terdiri daripada blok Malaya Timur.

Evolusi Jalur Timur

Jalur Tengah Semenanjung Malaysia berasal daripada serpihan lengkung pisahan Blok Indochina. Blok Indochina juga merupakan sebahagian daripada superbenua Gondwana tetapi terpisah lebih awal akibat pergerakan tektonik.

  • Semasa usia Devon, blok Indochina terpisah daripada superbenua Gondwana.
  • Semasa usia Karbon Awal, blok Indochina mula mendekati blok China Selatan.
  • Semasa usia Perm Awal, blok Indochina bercantum dengan blok China Selatan membentuk Garis Sutura Song Ma. Percamtuman ini membentuk benua Cathaysialand.
  • Semasa usia Perm Akhir, Cathaysialand bergerak ke utara mendekati blok China Utara.
  • Semasa usia Trias Akhir, benua Cimmeria yang terdiri daripada blok SIbumasu bercantum secara menyusup ke bawah benua Cathaysialand.

Evolusi Zon Sutura Bentong-Raub

Percantuman blok Sibumasu dengan Cathaysialand menutup lautan kuno Paleo-Tethys untuk membentuk Zon Sutura Bentong-Raub.

Evolusi Perejahan Batuan Igneus

Percantuman blok Sibumasu dengan Cathaysialand juga menghasilkan Lengkung Sukhothai yang terdiri daripada batuan volkanik dan perejahan granit jenis-I.

Penebalan batuan akibat percantuman ini seterusnya menghasilkan perejahan granit jenis-S secara intensif yang akhirnya membentuk Wilayah Granit Banjaran Utama.

Selain itu, perejahan migmatit dan pluton turut berlaku semasa usia Kapur hingga Paleogen seperti di Gunung Stong

Taburan Am Batuan

Batuan yang mendasari Semenanjung Malaysia terdiri daripada batuan sedimen dan batuan igneus. Batuan sedimen telah mengalami metamorfisma sama ada secara sebahagian atau keseluruhan.

Batuan Sedimen

Secara umumnya, batuan yang berusia Trias Bawah dan sebelumnya wujud di sekitaran lautan manakala batuan berusia Trias Atas dan lebih muda wujud di sekitaran bukan lautan.

Batuan Igneus

Batuan igneus di Semenanjung Malaysia didominasi oleh rejahan granitoid yang membentuk hampir keseluruhan kawasan tanah tinggi dan banjaran. Terdapat 2 janis batuan igneus utama iaitu batuan igneus intrusif dan batuan igneus ekstrusif.

Batuan Intrusif

  1. Granitoid jenis S - wujud di sebahagian besar Jalur Barat Semenanjung Malaysia. Antara granitoid jenis ini ialah Granit Kaki Bukit, Granit Gunung Raya, Granit Banjaran Besar, Granit Jerai, Granit Pangkor, Granit Kulim, Granit Inas dan Granit Pulau Pinang.
  2. Granitoid jenis I - wujud di Jalur Timur Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang dan sebahagian kecil Jalur Barat Semenanjung Malaysia.

Batuan Ekstrusif

  1. Batuan ekstrusif mafik seperti basalt dan dolerit ditemui di sebahagian Pahang dan Johor. Antaranya ialah Basalt Kuantan.
  2. Batuan ekstrusif felsik seperti dasit dan riolit banyak ditemui di pedalaman Kelantan dan Terengganu. Batuan tuf turut ditemui di beberapa lokasi terpencil di Padang Terap, Kedah dan Lenggong, Perak tetapi tidak wujud secara tempatan.

Metamorfisma

Metamorfisma rantau

Metamorfisma sentuh

Geologi Pembentukan

Semenanjung Malaysia merupakan sebahagian daripada plat tektonik Sundaland yang terbentuk daripada blok-blok benua daripada bahagian India-Australia di timur paleobenua Gondwana dan penutupan serta pengangkatan lautan Tethys kuno.

Semenanjung Malaysia terbentuk daripada 2 blok utama, iaitu blok Sibumasu, blok timur Indochina - Malaya Timur.

Geokronologi pembentukan Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Usia Kambria - pengendapan batuan Formasi Machinchang dan Formasi Formasi Jerai di sekitaran lautan di timur laut benua Gondwana.
  2. Usia Devon Awal hingga Devon Tengah - pemisahan blok China Selatan, China Utara dan Indochina daripada benua Gondwana membuka lautan baharu iaitu Paleo-Tethys.
  3. Penghujung Usia Karbon Awal - Blok China Selatan dan Indochina bergabung membentuk blok Cathaysia. Blok Sibumasu berada di timur laut Blok Australia.
  4. Usia Karbon Akhir hingga Perm Awal - Pembentukan glasier maksima di benua Gondwana dan berakhir dengan penghanyutan bongkah ais ke kawasan pentas benua dalam Blok Australia. Pembentukan batuan dan batu jatuh dalam Formasi Singa berlaku dalam tempoh ini.
  5. Usia Perm Awal - pemisahan blok Sibumasu daripada benua Gondwana membuka lautan baharu iaitu Meso-Tethys. Pergerakan blok Sibumasu ke arah utara menyebabkan lautan Paleo-Tethys terbenam ke bawah utara benua Pangea, blok China Selatan dan blok Cathaysia. Pembenaman ini menyebabkan pembentukan Lengkungan Sukhothai.
  6. Usia Perm Akhir - Lengkungan Sukhothai terpisah daripada blok Cathaysia membentuk lengkungan kepulauan. Perejahan batuan granitoid jenis I bermula.
  7. Usia Perm Akhir hingga Trias Awal - pelanggaran dan penggabungan blok Sibumasu, Lengkungan Kepulauan Sukhothai dan blok Cathaysia. Penggabungan ini menutup bahagian selatan lautan Paleo-Tethys lalu membentuk garis dan zon sutura termasuk Zon Sutura Bentong-Raub.
  8. Usia Trias Akhir - Perejahan batuan granitoid jenis S berlaku.
  9. Usia Trias Akhir hingga Kuaterner - Blok yang membentuk Semenanjung Malaysia sekarang mengalami pengangkatan dan membentuk daratan. Pembentukan batuan sekitaran lautan dan daratan berlaku.
  10. Usia Jura - Blok yang membentuk Semenanjung Malaysia sekarang bertembung dengan blok daratan besar Asia sekarang. Daratan Semenanjung Malaysia mula bersambung dengan daratan besar Asia pada tempoh ini.

Pemineralan

Pemineralan di Semenanjung Malaysia dikelaskan kepada 4 jalur utama berdasarkan sejarah geologi pembentukan.

Jalur Timah Barat Semenanjung Malaysia

Jalur ini menganjur dari Kaki Bukit di Perlis, Sintok dan Padang Terap di Kedah di utara sehingga Batu Berendam di Melaka. Jalur ini turut merangkumi Jerai di Kedah, Lembah Kinta di Perak, Lembah Klang di Salangor dan Sungai Hujung - Linggi di Negeri Sembilan. Pemineralan Sn dan unsur-unsur bersekutu seperti W, Fe, dan Mn ialah yang dominan dan menghasilkan bijih timah, bijih besi dan tungsten.

  • l
  • b
  • s
Geosains Di Malaysia
Geologi Am
  • Geologi Kepulauan Langkawi
  • Geologi Semenanjung Malaysia
  • Geologi Sabah
  • Geologi Sarawak
Bidang-bidang Geosains
  • Pemetaan Geologi
  • Eksplorasi Mineral
  • Geobencana
  • Geofizik
  • Geokimia
  • Geologi Alam Sekitar
  • Geowarisan
Organisasi Berkaitan Geosains
Akta Berkaitan Geosains
  • Akta Penyiasatan Kajibumi 1974
  • Akta Pembangunan Mineral 1994
  • Enakmen Mineral Negeri
  • Enakmen Bijih Mineral
  • Enakmen Pembeli Emas Mentah
  • Peraturan Kuari
  • Ordinan Kawalan Timah 1954
Universiti Yang Menawarkan Bidang Geosains
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • l
  • b
  • s
Geologi Semenanjung Malaysia
Geologi Daratan
  • Geologi Sedimen
  • Geologi Igneus
  • Geologi Metamorf
  • Geologi Kuaterner
Geologi Marin
  • Lembangan Melayu
  • Lembangan Penyu
  • Platform Johor
Geologi Tektonik
  • Sutura Bentong-Raub
  • Sesar
  • Pelipatan
Zon Pemineralan
  • Jalur Timah Barat
  • Jalur Timah Timur
  • Jalur Emas Tengah
  • Jalur Emas 1
  • Jalur Emas 2
  • Jalur Emas 3
  • Jalur Emas 4
  • l
  • b
  • s
Geologi Sedimen Semenanjung Malaysia
Kepulauan Langkawi
Kumpulan Machinchang
  • Formasi Anak Datai
  • Formasi Chinchin
  • Formasi Hulor
  • Formasi Jemuruk
Kumpulan Setul
  • Formasi Kaki Bukit
  • Formasi Mempelam
  • Formasi Tanjung Dendang
Lain-lain
Formasi lama
Jalur Barat
Jalur Tengah
  • Batu Kapur Gunung Senyum
  • Batu Pasir Bertangga
  • Batu Pasir Buloh
  • Batu Pasir Gerek
  • Batu Pasir Lotong
  • Formasi Aring
  • Formasi Bera
  • Formasi Gua Musang
  • Formasi Gunung Rabong
  • Formasi Jurong
  • Formasi Kaling
  • Formasi Karak (lama)
  • Formasi Koh
  • Formasi Ma'okil
  • Formasi Mangga
  • Formasi Paloh
  • Formasi Sokor
  • Formasi Tekai
  • Formasi Telom
  • Formasi Telong
  • Konglomerat Badong
  • Konglomerat Gunung Ayam
  • Kumpulan Bentong (lama)
  • Kumpulan Gagau
  • Kumpulan Gua Musang
  • Kumpulan Lipis (lama)
  • Kumpulan Raub
  • Kumpulan Tembeling
  • Lapisan Hulu Lepar
  • Lapisan Kepis
  • Lapisan Kambing
  • Lapisan Panau
  • Lapisan Seri Jaya
  • Marmar Nilam
  • Rijang Gombak
  • Rijang Langkap
  • Syis Jelebu
  • Syis Pilah
  • Syis Taku
  • Syis Tiang
Jalur Timur
  • Batu Kapur Biwah
  • Batu Pasir Lesong
  • Formasi Bukit Keluang
  • Formasi Charu
  • Formasi Dohol
  • Formasi Kempadang
  • Formasi Linggu
  • Formasi Pinang
  • Formasi Redang
  • Konglomerat Kapas
  • Konglomerat Tumbu Kili
  • Kumpulan Taweh
  • Kumpulan Kuantan (lama)
  • Lapisan Pinang
  • Lapisan Redang
  • Lapisan Sungai Perlis
  • Lapisan Ulu Endau
Geologi Paleogen - Neogen
Geologi Kuaterner
  • l
  • b
  • s
Geologi Igneus Semenanjung Malaysia
Batolit Bintang
Pluton Taiping
  • Granit Kupang
  • Granit Buloh Pelang
  • Mikrogranit Maxwell Hill
Lain-lain
  • Pluton Selama
  • Pluton Damar
  • Pluton Bubu
Batolit Banjaran Utama
Kompleks Granit Langkawi
  • Granit Kuah-Pulau Tuba
  • Granit Gunung Raya-Dayang Bunting
Pluton Bukit Mertajam-Kulim
  • Granit Mertajam
  • Granit Bongsu
  • Granit Panchor
Lain-lain
  • Granit Bukit China
  • Granit Balik Angin
  • Granit Koh Moi
  • Granit Rimba Telui
  • Granit Kawi
  • Granit Bukit Enggang
  • Granit Bukit Perak
  • Pluton Jerai
  • Granit Inas
  • Pluton Bukit Mertajam-Kulim
  • Granit Penang
  • Pluton Dinding
  • Pluton Kuala Lumpur
  • Pluton Bujang Melaka
  • Pluton Jelebu
  • Pluton Bukit Tinggi
  • Pluton Kuala Kelawang
  • Pluton Chembong
  • Pluton Tampin
  • Pluton Genting Sempah
Granit Jalur Tengah
Suit Stong
  • Granit Noring
  • Leukogranit Kenerong
  • Tonalit Berangkat
Lain-lain
  • Granit Kemahang
  • Pluton Senting
  • Pluton Bukit Berentin
  • Granit Bukit Tujuh-Bukit Manggi
  • Granit Bukit Damar-Bukit Ranjut
  • Kompleks Igneus Benom
  • Pluton Tapah
  • Granit Damar
  • Kompleks Igneus Lanchar
  • Pluton Manchis
  • Pluton Palong
  • Pluton Batang Melaka
  • Pluton Gunung Ledang
  • Pluton Ma'okil
  • Pluton Bukit Mor
Granit Jalur Banjaran Sempadan
  • Granit Banjaran Sempadan
  • Granit Lawit
  • Granit Sarut
  • Batolit Kapal
  • Granit Gambang
  • Granit Besar
  • Granit Blumut-Muntahak
Granit Jalur Pantai Timur
  • Pluton Maras-Jong
  • Batolit Jerong
  • Pluton Hutan Jerangau
  • Granit Jengai
  • Granit Lenggor-Jemaluang
Batuan Igneus Lain
  • Siri Volkanik Pahang
  • Stok Batuan Bes