Gua Batu Maloi

Gua Batu Maloi mendapat nama bersempena Batu Maloi ini.
Batu besar Batu Maloi.

Gua Batu Maloi ialah gua granit yang terletak di Johol, Negeri Sembilan, semenanjung Malaysia. Ia terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin.[1] Ia terbentuk dari tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung-ganang berdekatan. Antara tindihan batu-batu itu terbentuklah satu laluan gua yang boleh dilalui oleh manusia.[2]

Gua ini mempunyai 24 pos sepanjang laluan 2.38 km di dalamnya manakala 987 meter panjang di luarnya pula.[3] Hutan lipur gua Batu Maloi diselia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan[4]

Rujukan

  1. ^ Penerokaan ekstrem Gua Batu Maloi[pautan mati kekal]. Capaian 11 November 2012
  2. ^ Gua Batu Maloi - not a conventional cave. Capaian 12 November 2012.
  3. ^ Batu Maloi menyelami keunikan gua Orang Asli[pautan mati kekal]. Capaian 12 November 2012.
  4. ^ Kesal prasarana tidak diselenggara Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine. Capaian 12 November 2012