Gua Musang
Lencong ke:
- Jajahan Gua Musang
Gua Musang ݢوا موسڠ, غارستان | |
---|---|
Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di Gua Musang. | |
Bendera | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan |
Status Majlis Perbandaran | Januari 2022 (Ditangguhkan) |
Pentadbiran | |
• Yang di-Pertua | Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf [1] |
• Ahli Parlimen Gua Musang | Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah |
Keluasan | |
• Jumlah | 8,214.30 km2 (3,171.56 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 90,057 [2] |
• Kepadatan | 9.8/km2 (25/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Kod kawasan | 09 |
Laman sesawang | www.ptjgm.kelantan.gov.my www.mdgm.gov.my |
Jajahan Gua Musang (Jawi: ݢوا موسڠ, Parsi: Gharistan, غارستان) terletak di selatan negeri Kelantan, Malaysia. Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan kerana separuh daripada negeri Kelantan terdiri daripada jajahan Gua Musang [3]. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika ini terletak di Kuala Krai.
Jajahan Gua Musang hanya mempunyai satu sahaja kerusi parlimen iaitu Parlimen Gua Musang. Di peringkat negeri pula, jajahan ini merangkumi 3 DUN iaitu Dun Paloh, Dun Nenggiri (dahulu dikenali sebagai DUN Bertam) dan Dun Galas (merangkumi Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah Bekas Menteri Kewangan Malaysia & Pengasas Petronas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.
Pejabat kecil Jajahan telah ditubuhkan di Gua Musang pada tahun 1950 diketuai oleh seorang Penolong Ketua Jajahan dan beberapa kakitangan. Penubuhan pejabat kecil ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Pada tahun 1953, Pejabat Kecil Jajahan ini telah ditutup.
Gua Musang telah diberi taraf Mukim (Sub-District) pada tahun 1976. Pada 1 September 1977, Jajahan Kecil Gua Musang telah dinaikkan taraf kepada daerah (Jajahan Penuh). Ia merupakan daerah yang kesembilan dalam Negeri Kelantan.
Jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang lain terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli.
Penduduk
Jumlah penduduk di Jajahan Gua Musang ialah 90,057 orang (banci 2010). Peratusan penduduk Melayu ialah 76%, Cina 5%, India 1%, Orang Asli 13%, dan lain-lain (bukan warganegara) 5%.
Jajahan Gua Musang
Jajahan Gua Musang yang terletak di selatan Negeri Kelantan agak terpisah dengan pusat pentadbiran negeri. Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika ini terletak di Kuala Krai.
Pejabat kecil Jajahan telah ditubuhkan di Gua Musang pada tahun 1950 diketuai oleh seorang Penolong Ketua Jajahan dan beberapa kakitangan. Penubuhan pejabat kecil ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Pada tahun 1953, Pejabat Kecil Jajahan ini telah ditutup.
Gua Musang telah diberi taraf Mukim (Sub-District) pada tahun 1976. Pada 1hb September 1977, Jajahan Kecil Gua Musang telah dinaikkan taraf kepada daerah (Jajahan Penuh). Ia merupakan daerah yang ke-sembilan dalam Negeri Kelantan.
Jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang lain terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli.
Antara mukim-mukim yang terdapat di Gua Musang ialah:
- Mukim Batu Papan
- Mukim Gua Musang
- Mukim Ulu Nenggiri
- Mukim Ketil
- Mukim Kuala Sungai
- Mukim Limau Kasturi
- Mukim Pulai
- Mukim Relai
- Mukim Renok
- Bandar Gua Musang
Antara taman perumahan yang terdapat di Gua Musang ialah :
- Taman Wangi
- Bandar Utama
- Taman Saujana Harmoni
- Taman Cindai
- Taman Mesra
- Taman Wangsa Mewangi
- Taman Wawasan
- Taman JPN
- Taman Bunga Tropikal
- Taman Kesedar Putra 2
- Taman Kesedar Putra
- Taman Damar
- Taman Kesedar Jaya
- Taman Kesedar PPMS Sejahtera
Rujukan
- Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang Diarkibkan 2011-10-26 di Wayback Machine
Pautan luar
- Web / Portal Khas Gua Musang Dot Net Diarkibkan 2008-12-02 di Wayback Machine
- Blog Khas Gua Musang Dot Net
- Majlis Daerah Gua Musang Diarkibkan 2018-07-02 di Wayback Machine
- Pelancongan Kesedar
- Peta lokasi satelit
- Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang