Imran Khan

Imran Khan
Pakistan
Personal information
Full name Imran Khan Niazi
Born (1952-10-05) 5 Oktober 1952 (umur 71)
Lahore, Punjab, Pakistan
Role All-rounder
Batting style Right-handed
Bowling style Right-arm fast
International information
Test debut (cap 65) 3 Jun 1971: v England
Last Test 7 Januari 1992: v Sri Lanka
ODI debut (cap 12) 31 Ogos 1974: v England
Last ODI 25 Mac 1992:  v England
Domestic team information
Years Team
1977 – 1988 Sussex
1984/85 New South Wales
1975 – 1981 PIA
1971 – 1976 Worcestershire
1973 – 1975 Oxford University
1969 – 1971 Lahore
Career statistics
TestsODIFCLA
Matches 88 175 382 425
Runs scored 3807 3709 17771 10100
Batting average 37.69 33.41 36.79 33.22
100s/50s 6/18 1/19 30/93 5/66
Top score 136 102* 170 114*
Balls bowled 19458 7461 65224 19122
Wickets 362 182 1287 507
Bowling average 22.81 26.61 22.32 22.31
5 wickets in innings 23 1 70 6
10 wickets in match 6 n/a 13 n/a
Best bowling 8/58 6/14 8/34 6/14
Catches/stumpings 28/– 36/– 117/– 84/–

As of 26 October, 2007
Source: Cricinfo

Imran Khan Niazi (dilahirkan pada 5 Oktober 1952) adalah ahli politik dan pemain kriket Pakistan yang terkemuka. Beliau menjadi kapten pasukan kriket Pakistan dari 1971 hingga 1992 dan menjuarai Piala Kriket Dunia 1992.

Pada April 1996, beliau menjadi pengasas dan pengerusi parti politik Pakistan Tehreek-e-Insaf (Pergerakan Keadilan). Kemudian menjadi ahli Perhimpunan Kebangsaan dari Mianwali pada Oktober 2002. Pada 14 November 2007, Imran Khan telah ditahan oleh tentera Pakistan ketika menyertai pelajar-pelajar yang berdemonstrasi di luar Universiti Lahore.

Imran Khan bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di New York, 23 September 2019

Kehidupan awal dan pendidikan

DIlahirkan di Lahore dalam keluarga berpengaruh Pashtun dan mendapat pendidikan awal di sekolah elit di Pakistan dan juga United Kingdom, termasuk Royal Grammar School di Worcester dan Aitchison College di Lahore. Dua orang sepupu beliau juga merupakan Kapten Pasukan Kriket Pakistan iaitu Javed Burki dan Majid Khan. Imran Khan bermain kriket di Pakistan dan United Kingdom semasa zaman remajanya sehingga pengajian dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi di Universiti Oxford. Beliau pertama kali mewakili Pasukan Kebangsaan Pakistan pada tahun 1971, namun tidak menjadi pemain tetap bermasa pasukan tersebut sehinggalah menghabiskan pengajian di Universiti Oxford pada tahun 1976.

Pada tahun 1982, beliau dinamakan sebagai kapten pasukan kriket Pakistan. Bakat dan rupa paras yang ada pada beliau menjadikan beliau selebriti di Pakistan dan United Kingdom, kerapkali tampil di kelab malam London menjadikan beliau sasaran akhbar British. Tahun 1992 merupakan pencapaian terbaik beliau dalam bidang sukan apabila berjaya membawa pasukannya menjuarai Piala Kriket Dunia, mengalahkan England dalam perlawanan akhir. Beliau bersara dari dunia kriket pada tahun yang sama, dengan pencapaian sebagai seorang pemain kriket terbaik dalam sejarah.

Kerjaya sukan

Kerjaya politik

Selepas persaraan dari dunia kriket, beliau lantang bersuara mengenai salah tadbir dan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Pakistan. Beliau menubuhkan parti politik Pakistan Tehreek-e-Insaf (Pergerakan Keadilan) pada tahun 1996. Dalam pilihanraya national yang diadakan pada tahun berikutnya, parti yang baru ditubuhkan tersebut memenangi kurang daripada 1% undian dan gagal untuk memenangi sebarang kerusi, namun pencapaian dalam pilihanraya tahun 2002 adalah lebih baik dengan Khan memenangi kerusi tunggal bagi partinya.

Isu dan kontroversi

Pada 3 November 2022, beliau telah ditembak ketika sedang mengadakan perarakan protes menentang tindakan kerajaan pimpinan Shehbaz Sharif menuju ke Islamabad di Gujranwala, Pakistan. Beliau dilaporkan mengalami kecederaan akibat tembakan tersebut dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Rujukan

  1. https://www.britannica.com/biography/Imran-Khan
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana tentang ahli politik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s