Jannatul Mualla

Jannatul Mualla ( جنة المعلى - Jannatul Mu'alla ) juga dikenali sebagai Al-Hajun, merupakan tanah perkuburan yang terkenal di Mekah, Arab Saudi. Beberapa tokoh popular ditanam disini. Antaranya:

  • Abd Manaf - Ayah kepada moyang Nabi Muhammad
  • Kubur Hashim - Moyang kepada Nabi Muhammad
  • Kubur Abdul Muttalib - Datuk Nabi Muhammad
  • Kubur Aminah - Ibu Nabi Muhammad

(sesetengah sumber menyatakan bahawa Siti Aminah ditanam di Abwa, di mana Imam ke-7 dilahirkan)

  • Kubur Abu Talib: Pak cik kepada Rasullullah dan ayah kepada Imam Imamiyyah/Ja'fariyyah pertama, iaitu Imam Ali
  • Kubur Khadijah bint Khuwaylid: Isteri pertama kepada Nabi Muhammad dan ibu kandung Fatimah az-Zahra
  • Qasim: anak lelaki Nabi Muhammad yang meninggal dunia sebagai bayi yang beru lahir.

Kubur-kubur di dalam tanah perkuburan ini dihancurkan menjelang tahun 1925, iaitu tahun yang sama di mana makam-makam di Jannatul Baqee' dihancurkan oleh Raja Saudi, iaitu Ibn Saud.

Rujukan

  • (Inggeris) Tapak-tapak suci di Arab Saudi

Pautan luar

  • Sejarah tanak perkuburan Jannatul Baqi (Madina) & Jannatul Mualla (Makkah)