Jay Jay

Jay Jay
Kelahiran
Mohd Fauzi bin Darus

(1957-06-06)6 Jun 1957
Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia4 Ogos 2024(2024-08-04) (umur 67)
Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Sebab kematianKegagalan organ
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penggubah lagu
  • pemain bes
  • penerbit album
Tahun aktif1979–2024
PasanganZaitoon Wahid
Anak-anak4
Kerjaya muzik
Genre
  • Balada
  • Slow rock
  • Pop
  • Pop rock
Instrumen
  • Vokal
  • bass
Syarikat rakaman
  • WEA
Pengkarya berkait
  • Carefree
  • Dayangku Intan

Mohd Fauzi Darus (6 Jun 1957 – 4 Ogos 2024), dikenali dengan nama pentasnya Jay Jay, merupakan seorang bekas penyanyi dan pemain bes bagi kumpulan Carefree di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), Vokal Terbaik Lelaki pada Anugerah Industri Muzik (1998) dan Juara Kategori Pop Rock dalam Juara Lagu pada 1998 menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah.

Selain dari menyanyi, beliau juga aktif sebagai sessionist untuk bermain bes sama ada untuk rakaman atau pertunjukkan pentas. Beliau juga antara pemain bes terbaik Malaysia pada awal 90'an.

Keluarga

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Zaitoon Wahid pada tahun 1982 dan dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan seorang lelaki.[1] Penghibur terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu sahabat seperjuangan Jay Jay merupakan antara tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Jay Jay dan isterinya.

Jay Jay menerima menantu pada tahun 2012 apabila salah seorang anak gadisnya mendirikan rumahtangga.

Diskografi

Album bersama Carefree

  • Kebebasan (1979)
  • Kebebasan II (1979)
  • Kebebasan III (1980)
  • The Best of Carefree (1993) - kompilasi

Album solo

  • Jay Jay (1984)
  • Kau Yang Tersendiri (1985)
  • Keasingan Dalam Luka (1986)
  • Kurnia (1988)
  • Bersama (1990)
  • Jay Jay '97 (1997)
  • Emosi (2009)

Album kompilasi

  • Koleksi Abadi (1992)
  • Koleksi Abadi Vol. 2 (1994)
  • 3 Dimensi Pop Lelaki Terbaik (2000)
  • Koleksi 20 Lagu-Lagu Hits Jay Jay & Dayangku Intan (2007)
  • Nostalgia Abadi: Khazanah Muzik Berzaman (2008)
  • 4 Bintang Popular - Vol. 2 (2011)

Album lain

  • Riang Ria Hari Raya (1985)
  • Hitam Putih Kehidupan (1987)
  • Gema Hari Raya (1989)
  • Kini Saatnya - Album Sukan SEA Ke-15 (1989)
  • Seikhlas Budi Aidilfitri (1994)

Duet bersama penyanyi lain

  1. Kita Insan Biasa (1988)
  2. Peralihan Zaman (1989)
  1. Erti Pertemuan (2004)
  1. Aku Tanpa CintaMu (2004)
  1. Senandung Hidup Berbudi
  • bersama Syura
  1. Ghazal Perindu (2004)

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Nota Hasil
1988 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Penyanyi Lelaki Popular Menang
1998 Anugerah Industri Muzik Vokal Terbaik Lelaki Menang
1998 Juara Lagu 1998 Juara Kategori Pop Rock Beliau memenangi kategori ini melalui lagu Joget Angan Tak Sudah Menang

Rujukan

  1. ^ http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/6/23/mstar_hiburan/20090622175739&sec=mstar_hiburan
  • l
  • b
  • s
1987–kini