Jenderam

Jenderam terletak pada kedudukan 2.8' Utara, 101.7' Timur, terletak di daerah Sepang, Dengkil, Selangor Darul Ehsan. Bersebelahan dengan Sungai Langat, kira-kira 30 km dari Kuala Sungai Langat yang menjadi laluan utama pedagang-pedagang dan penghijrah terutama Sumatera, Jawa dan China ke Kajang, Semenyih, Reko dan sebagainya.

Sebahagian mukabuminya antara 10-50 meter dari aras laut dan begitu sesuai ditanam dengan padi sawah satu ketika dahulu.

Pelabuhan Jenderam

  • Pada tahun 1940, sebuah pendayung purba yang dikenali 'Bot Jenderam' telah dijumpai. Selain itu serpihan tembikar dijumpai Jenderam Hilir, Sepang, Selangor. Beberapa serpihan tembikar ini dihias dengan kesan-kesan pemukul kayu berukir (carved paddle-impressed).
  • Pelabuhan-pelabuhan zaman ini dikenali sebagai Kuala Selinsing (Perak), Sungai Emas (Kedah), Pengkalan Bujang (Kedah), [[Jenderam Hilir (Selangor), dan Santubong (Sarawak).
  • Mereka tinggal di gua batu kapur seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan tepi laut seperti Jenderam Hilir di Selangor. Masyarakat pada zaman ini menukar barangan tembikar sebagai salah satu kegiatan harian mereka.
Fail:Bot jenderam.jpg
Bot Jenderam
  • Pada tahun 1977 pula pelombong bijih timah Syarikat Tit Nam Hoong di Jenderam Hilir menjumpai pelbagai artifak. Objek terdiri daripada objek-objek tembikar asing seperti mangkuk dan sebuah tempayan kecil China dan dua buah kendi, objek-objek logam seperti beberapa jongkong timah, bekas-bekas gangsa, dan objek-objek kayu seperti sebuah pengayuh kayu dan batu tumbuk. Semua artifak 'Bot Jenderam' ini dipamerkan di Muzium Shah Alam, Selangor.

Zaman Mesolitik

  • Terdapat lebih daripada 70 buah petempatan. Di antaranya ialah Guar Kepah di Kedah, Jenderam Hilir,Kota Tongkat, Kota Gelanggi, Gua Kecil dan Bukit Cintamanis di Pahang.
  • Terdapat juga bukti-bukti kewujudan petempatan di Gua Cha, Kelantan dan Gua Niah, Sarawak (Abdul Rahman Haji Abdullah,1989:7)
  • Kajian di Gua Niah dilakukan oleh Tom Harrison sejak tahun 1954. Beliau telah menemui tengkorak budak lelaki berusia 15 tahun yang dianggarkan berusia 40,000 tahun dahulu. Tengkorak manusia ini termasuk jenis homo sapiens (Harrison,1972:3)
  • Kajian terhadap lapisan tanah juga menunjukkan terdapatnya penduduk yang bersilih ganti dari zaman awal homo sehingga zaman moden. Tradisi kebudayaan pada Zaman Mesolitik di Asia Tenggara lebih dikenali sebagai kebudayaan Hoabinhian.
  • Antara aspek-aspek utama kebudayaan Hoabinhian ialah pembuatan alat tulang, tembikar dan tradisi bercucuk tanam.Industri ini juga ditemui di beberapa tempat di Vietnam Utara,Thailand, Semenanjung Tanah Melayu dan di timur laut Sumatera.
  • Industri batu Hoabinhian dicirikan dengan alat teras seperti edge ground axes tarahan dan batu asah (G. de G. Sieveking,1990:14).
  • Di antara tapak-­tapak Mesolitik yang terkenal ialah Gua Jiwa,Thailand, Da Phuc, Sai Yuk dan Bac Bo di Thailand.

Komunis Melayu

  • Pada zaman daurat tahun 1948 hingga 1960, ramai penduduk kampung Melayu di sini menyokong dan menjadi pengikut Parti Komunis Malaya. Ini kerana pemimpin-pemimpin komunis Indonesia seperti Tan Malaka dari Indonesia dipercayai pernah datang ke sini kerana di sini ramai keturunan Minangkabau.
  • Seorang pemimpin komunis Melayu bernama Abdul Manan telah menjemput beberapa penduduk dari Kampung Sungai Kembung, Semenyih ke Jenderam untuk membincangkan perjuangan komunis menentang penjajahan British dan memerdekakan tanah air serta aktiviti lanjutan.
  • Seorang guru bernama Cikgu Karim telah dipanggil oleh beberapa pemuda komunis dan dibunuh berhampiran rumahnya di Jenderam kerana disyakki bekerjasama dengan tentera Jepun semasa pemerintahan Jepun. Karim menjadi guru semasa Zaman Jepun dan berkebolehan bercakap bahasa Jepun.
  • Berikutan itu dan beberapa insiden lain, rumah-rumah penduduk Jenderam telah dibakar dan 1500 penduduk Melayu dipindahkan ke Keluang, Johor.

Pendidikan

Tuan Guru Haji Kamaluddin Md Zin. No 1 lorong Bahagia Jenderam Hulu 43800 dengkil. selangor/


Ekonomi

Pada tahun 1996, Mohd. Isham Ibrahim dari Universiti Malaya membuat kajian tentang "Pengeluaran dan pemasaran industri belimbing" satu kajian kes di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil. Beliau ialah pelajar Jabatan Antropologi and Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Yayasan Al-Jenderami

Yayasan ini ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965, Company Limited Guarantee and Not Having A Share Capital. “Dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1976. Ruj : LHDN.01/35/42/51/179.6-5583”

YAYASAN AL-JENDERAMI sebuah yayasan bantuan kemanusiaan yang berfungsi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu serta menolong umat islam tidak kira dalam mahupun luar negeri seperti Indonesia, Kampuchea serta yang lain. Ianya terletak dan beroperasi di Kampung Baru Jenderam Hilir, Dengkil di dalam daerah Sepang.

Yayasan ini telah menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan lebih daripada 15 tahun, yang mana sebelum ini hanya bergerak di bawah sebuah kampung yang diasaskan dan didiami oleh bekas-bekas kakitangan UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar). Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk turut serta dan sama-sama membantu merealisasikan wawasan kerajaan di dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat Malaysia.

Yayasan ini diasaskan oleh As-Syeikh Hj. Mohd. Hafidz b Selamat dan diterajui oleh Hj. Abu Bakar b Abd. Aziz sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah dan barisan Ahli Pengurusan.Alamatnya ialah Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Lot 4029, Lorong Aman,Kampung Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil.

Pada bulan Mei 2005, Ijtima' Ulama Sekolah Pondok Senusantara dianjurkan di sini. Yayasan ini telah mengadakan sekolah pondok di sini.

  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Klang
(Daerah Klang)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori