Kambing pigmi
Kambing pigmi adalah sejenis baka kambing kenit belaan jinak. Kambing pigmi umumnya dibela sebagai haiwan peliharaan, tetapi juga boleh diternak untuk susu dan dijadikan haiwan pekerja. Kambing pigmi cukup tahan lasak, dan oleh itu dihargai dalam pelbagai latar alam, malah senang menyesuaikan diri dengan hampir semua iklim.[1]
Maklumat umum
- Nama saintifik: Capra aegagrus hircus[2]
- Purata jangka hayat: 8–18 tahun
- Suhu badan normal: 101.5-104°F (39.1 - 40°C)
- Kadar denyutan normal: 60-90 denyutan seminit (lebih pantas bagi anak)
- Kadar pernafasan normal: 15-30 seminit
- Pergerakan Rumen: 1-1.5 seminit
- Tempoh gestasi: 145–155 hari (purata 150 hari)
- Kitaran estrus: 18–24 hari (purata 21 hari)
- Tempoh estrus: 12–48 jam (purata 1 hari)
- Umur cerai susu (disyorkan): 8–10 minggu
- Kematangan seks jantan: 9–12 minggu
- Onset estrus betina: 3–12 bulan*
- Penyahtandukan (oleh pembedah veterinar): sebelum 7 hari
- Pengasian:
- Dengan gelang elastrator: sebelum 2 minggu
- Secara pembedahan (oleh doktor haiwan): Tiada had umur
Rujukan
Pautan luar
- The anatomy of a pygmy goat
- Pygmy Goat Club (United Kingdom)
- National Pygmy Goat Association (United States)