Kiowa Gordon

Kiowa Gordon
Gordon dalam penampilannya di The Twilight Saga: New Moon pada studio di Houston, Texas pada 10 November 2009
Kelahiran
Kiowa Joseph Gordon

Berlin, Jerman Timur
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penyanyi vokal
Tahun aktif2009–sehingga kini
Anak-anak1

Kiowa Joseph Gordon ialah seorang pelakon Amerika Syarikat daripada suku bumiputera Hualapai. Dia terkenal dengan lakonannya sebagai parakang (shapeshifter) Embry Call dalam francais romantik terkenal The Twilight Saga. Kiowa berlakon sebagai Junior dalam siri TV The Red Road. Sejak tahun 2022, Kiowa telah melakonkan watak Jim Chee dalam siri AMC Dark Winds.

Kehidupan awal

Kiowa lahir di Berlin, Jerman Timur, ayahnya ialah, Thomas Gordon.[1][2] Dia anak ke-7 daripada lapan bersaudara (Mac, Sean, Aaron, Josh, Cheyenne, Sariah, Lakota). Ibunya ialah Camille Nighthorse Gordon, suri rumah tetapi beberapa kali menyertai lakonan filem.[3] Kiowa ialah salah satu tokoh paling penting dalam suku Hualapi, etnik bumiputera yang bermastautin di bahagian utara Arizona.[4][5]

Keluarganya kembali ke kampung halaman beberapa tahun selepas penyatuan semula Jerman. Dia membesar di Arizona.[3] Pada suatu hari, semasa merasa bimbang selepas menamatkan sekolah menengah atas, Kiowa berjumpa dengan Stephenie Meyer yang sedang mencari pelakon untuk watak filem novelnya.[6]

Kerjaya

Pada tahun 2009, Kiowa berlakon sebagai parakang Embry Call di New Moon, berdasar kepada novel Stephenie Meyer dengan tajuk yang sama. Pada wawancaranya dia sungguh berterima kasih kerana tanpa Stephenie, mungkin dirinya tidak akan menjadi seorang pelakon.[perlu rujukan] Kiowa berlakon di dua siri lain The Twilight Saga: Eclipse, dan Breaking Dawn.

Pada tahun 2021, Kiowa akan berlakon sebagai Jim Chee dalam siri Dark Winds, karya daripada penulis terkenal New Mexico Tony Hillerman. Berkisah tentang suku bumiputera Navajo, siri itu tayang perdana di AMC pada 12 Jun 2022 dan diumumkan akan mendapat musim ketiga.[7]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Lakonan Nota
2009 The Twilight Saga: New Moon Embry Call
2010 The Twilight Saga: Eclipse Embry Call
2011 Into the Darkness Brad
Murder for Dummys Andrew
The Twilight Saga: Breaking Dawn Embry Call
2012 The Lesser Blessed Johnny Beck
The Projectionist Prebet LockLear
2014 The Red Road Junior Van Der Veen Watak utama
Drunktown's Finest Julius
2017 Painted Woman Chato
2018 Through Black Spruce Jesse
2019 Roswell, New Mexico Flint Manes Siri TV; deuteragonis
2019 Blood Quantum Lysol
2019 Castle in the Ground Stevie
2020 The Liberator Korporal Kanuna
2022-kini Dark Winds Jim Chee Watak utama
2022 Quantum Cowboys Frank Watak utama
AU Rez Ball

AU

Sedang dalam pembuatan[8]

Rujukan

  1. ^ Schmidt, Rob (December 2, 2009). "Our dinner with Kiowa Gordon". Newspaper Rock. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2011. Dicapai pada July 24, 2010.
  2. ^ "A Wolfpack Member makes an appearance in Salt Lake City". ABC4.com. 2010-07-23. Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2010. Dicapai pada 2010-08-17.
  3. ^ a b Titla, Mary Kim (July 4, 2009). "An interview with Kiowa Gordon". Indian Country Today. Diarkibkan daripada yang asal pada January 4, 2011. Dicapai pada July 24, 2010.
  4. ^ Suetopka Thayer, Rosanda (2010-07-13). "77th Annual Hopi festival highlights July 4th weekend". The Observer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-14. Dicapai pada 2010-08-17.
  5. ^ Carroll, Larry (September 3, 2009). "'New Moon' Actor Kiowa Gordon Reveals How to Tell the Wolves Apart". MTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada May 24, 2024. Dicapai pada July 24, 2010.
  6. ^ Vice, Jeff (November 20, 2009). "Mormons run with shapeshifters in 'New Moon'". MormonTimes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 7, 2012. Dicapai pada July 24, 2010.
  7. ^ Andreeva, Nellie (2021-07-09). "AMC Orders 'Dark Winds' Series From Graham Roland, George R.R. Martin & Robert Redford Based On Tony Hillerman Books; Zahn McClarnon & Kiowa Gordon Star". Deadline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-09.
  8. ^ Grobar, Matt (April 17, 2023). "Rez Ball': Netflix Sets Jessica Matten, Julia Jones, Amber Midthunder, Kiowa Gordon & More For Sydney Freeland's Native American Basketball Underdog Pic". Deadline Hollywood. Dicapai pada April 18, 2023.

Pautan luar

  • Kiowa Gordon di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)