Krim masam
Krim masam ialah sejenis produk tenusu yang diperolehi hasil penapaian krim biasa menggunakan jenis-jenis bakteria asid laktik tertentu.[1] kultur bakteria yang diperkenalkan secara semula jadi atau dengan tangan manusia memasamkan serta memekatkan krim tersebut, menjadikan krim lebih tahan lama.[2]
Penghasilan
Krim ini dihasilkan secara tradisinya menggunakan krim ditapis dari susu segar yang kemudiannya ditapai pada suhu yang sederhana.[3] Krim masam jenis ini mengandungi 18 hingga 20 peratus lemak mentega serta mempunyai rasa yang tersendiri daripada asid laktik bakteria.
Krim masam tidak ditapai sepenuhnya, dan ia perlu disejukkan selepas dibuka dan digunakan, sepertimana produk tenusu yang lain.
Lihat juga
- Crème fraîche
- Keju krim
- Yogurt
Rujukan
Bacaan lanjut
- Meunier-Goddik, L. (2004). "Sour Cream and Creme Fraiche". Handbook of Food and Beverage Fermentation Technology. CRC Press. doi:10.1201/9780203913550.ch8. ISBN 978-0-8247-4780-0.