Kuasa usaha
Kuasa usaha adalah seorang diplomat yang berkhidmat sebagai ketua misi kedutaan semasa ketiadaan duta besar. Seseorang kuasa usaha menikmati keistimewaan dan kekebalan seperti seorang duta besar di bawah undang-undang antarabangsa dan lazimnya ini juga berlaku kepada pembantu mereka.[1] Kedudukan kuasa usaha berada di bawah duta besar dan mempunyai keutamaan yang lebih rendah dalam acara diplomatik rasmi.[2]
Lihat juga
- Atase
- Pesuruhjaya tinggi