Kuil Shri Mariamman

Kuil Shri Mariamman adalah kuil Hindu yang tertua di Kota Medan, Indonesia. Kuil ini dibangunkan pada tahun 1884[1] (ada juga yang menyebut 1881[2]) untuk memuja dewi Kali. Kuil ini terletak di kawasan yang dikenali sebagai Kampung Keling. Kuil yang menstanakan lima dewa, masing-masing Dewa Siwa, Wisnu, Ganesha, Dewi Durga (Kali), dan Dewi Aman itu dikendalikan oleh salah seorang keluarga pemilik syarikat besar Texmaco, Lila Marimutu[3]. Pintu gerbangnya dihiasi dengan sebuah gopuram, iaitu menara bertingkat yang biasanya dapat ditemui di pintu gerbang kuil-kuil Hindu dari India Selatan atau seperti gapura.

Kuil Shri Mariamman lainnya

Medan

Sebuah Kuil Shri Mariamman yang lain juga terletak di Medan, di bahagian selatan kota, di Sungai Sepit. Kuil ini dibangunkan pada tahun 1876. Setiap tahun di kuil ini dilakukan amalan Theemithi, iaitu ritual berjalan di atas api, dalam upacara perayaan Thaipusam.

Singapura dan Malaysia

Kuil Shri Mariamman di Singapura adalah kuil Hindu yang tertua dan terbesar di negara tersebut. Kuil ini dibangunkan pada tahun 1843. Di Pulau Pinang, Malaysia, terdapat sebuah Kuil Sri Mariamman yang dibangunkan pada tahun 1883, dan merupakan kuil Hindu tertua di sana.

Rujukan

  1. ^ "Introduction to Medan, Indonesia", Yahoo! Travel, diakses 29 Januari 2006
  2. ^ "Kampung Keling: Economic symbiosis in Medan's Chinese-Indian enclave", The Jakarta Post, diakses 29 Januari 2006
  3. ^ "Hindu Tamil di Tanah Karo", diakses 29 Januari 2006

Pautan luar

  • (Inggeris) Sedikit informasi mengenai kedua Kuil Shri Mariamman di Medan Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
  • (Inggeris) Foto-foto Kuil Shri Mariamman Medan
  • l
  • b
  • s