Kuriding

Kuriding atau gurinding ialah alat muzik tradisional asli buatan suku Banjar di Kalimantan Selatan yang berupa genggong. Ia boleh diperbuat daripada pelepah enau, buluh ataupun kayu dengan bentuk kecil, dan memiliki alat getar (tali) serta tali penarik.

Ia dimainkan dengan cara menempelkan alat di bibir sambil menarik gagang tali getar mengikut rentak tertentu lalu menghasilkan bunyi yang kedengaran sangat indah dan merdu.[1].

Asal usul

Kepercayaan

Menurut cerita masyarakat Banjar; kuriding dikatakan pada asalnya merupakan milik seekor harimau di hutan belantara. Suatu ketika, sang harimau meminta anaknya untuk memainkan kuriding, namun, sang anak mati dalam keadaan ngeri kerana genggong tersebut tertusuk di tekaknya. Atas kejadian inilah sang harimau tidak mahu lagi anak keturunannya memainkan kuriding.

Cerita mitos ini menjadi dasar kepercayaan masyarakat Banjar yang membunyikan kuriding sebagai alat ampuh untuk mengusir harimau, malah mereka juga menggantungkan atau meletakkannya di atas tempat tidur anak-anak mereka.[2][3]

Bentuk

Kuriding memiliki bentuk yang kecil dan unik. Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dalam (tidak rata) dan luar (rata). Bahagian dalam adalah bahagian yang ditempelkan di mulut ketika dibunyikan, dan bahagian luar adalah yang menghadap keluar. Kuriding terbuat daripada pelepah enau, buluh, ataupun kayu yang berbentuk empat persegi panjang yang kededua hujungnya dibuat bulat. Selain untuk memperindah, bentuk bulat pada hujung kurinding juga berfungsi sebagai pengaman agar tidak melukai mulut saat dimainkan. Pada badan kurinding, terdapat alat getar yakni tali yang terbuat daripada serat kayu atau senar. Alat getar tersebut terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu bahagian kanan (ilat) dan bahagian kiri (butuh). Pada hujung kanan dan kiri kurinding juga terdapat lubang untuk meletakan tali yang terhubung dengan alat getar. Ketika tali tersebut ditarik, maka alat getar tersebut akan berbunyi, sambil di tempelkan pada mulut. Bunyi kuriding akan terasa nyaring saat alat muzik tersebut ditarik dengan rentak yang benar.[2]

Pembuatan

Proses pembuatan kurinding sangat sederhana. Kayu atau buluh yang agak tua dipilih terlebih dahulu agar kuriding kuat dan tidak mudah patah. Selanjutnya, bahan mentah dipotong sepanjang 15-20 cm dan dihaluskan dan dibuat ukuran setebal 0.5 cm dan selebar 2 cm. Ukuran ini dianggap tepat berdasarkan turun-temurun untuk menghasilkan kuriding yang selesa dipegang dan dimainkan.[4]

Bahagian asas ini selanjutnya dibahagikan kepada dua: pada bahagian kanan dipasang alat menggetar (ilat) manakala bahagian kiri di pasang alat getar (butuh). Buluh di bahagian ini dibuat agak tipis dan terdapat celah-celah kecil selebar 1 mm, tujuannya agar bunyi kuriding terdengar nyaring. Pada hujung-hujung buluh atau kayu bersebelahan dengan letak alat getar lubang selebar 0.5 cm dibuat dan diikatkan tali yang dibentuk bulat agar memudahkan saat menariknya.[2]

Tatamain

Cara memainkan kuriding cukup mudah, namun untuk mengahasilkan bunyi yang enak di dengar memerlukan latihan yang banyak. Atas dasar ini, sebahagian orang menganggap kuriding sebagai alat muzik yang kecil bentuknya tapi sulit dimainkan.

Sebelum memainkan kuriding, hal pertama yang perlu diperhatikan adalah cara memegangnya. Yang pertama-tama adalah jari manis tangan kiri dimasukan ke dalam lubang tali penarik yang ada di dalam salah satu lubang hujung kuriding, lalu dipintal agar pendek dan lekat. Pada hujung ini juga, ibu jari menekan ke dalam dan telunjuk menekan keluar. Sementara itu, pada hujung kuriding yang satunya dipegang tangan kanan yakni dengan mengikatkan jari telunjuk dan jari tengah pada kayu kecil penarik.

Langkah kedua adalah bahagian kuriding yang ditekan dengan ibu jari telunjuk dengan tangan kiri diletakkan di sebelah kiri mulut. Hujung ibu jari tangan kiri tepat di sisi mulut sebelah kiri dan kuriding berada di antara bibir atas dan bawah. Sementara tangan kanan memegang tali penarik lalu diletakkan di bahagian kanan wajah hingga sejajar dengan pipi sebelah kanan.[5] Setelah kuriding berada pada posisi tersebut maka untuk membunyikannya tali yang dipegang tangan kanan ditarik. Tali ditarik dengan rentak tertentu hingga tali bergetar selanjutnya kuriding akan berbunyi.[2]

Lihat pula

  • Genggong

Rujukan

  1. ^ "budaya-banjar".
  2. ^ a b c d "melayuonline.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-27. Dicapai pada 2020-01-08. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "guriding" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ "jhonlinmagz".
  4. ^ "pengertian.info".
  5. ^ "tribunnews.com". 22 maret 2014. Dicapai pada 26 maret 2015. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)