Majlis Daerah Marang

Majlis Daerah Marang
Logo
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Januari 1981
Kepimpinan
Yang Dipertua
TUAN HAJI LUKEMA MERI BIN SALLEH @ ABDUL LATIF (sejak Oktober 2023)
Struktur
Ahli25 orang ahli majlis
Moto
Indahnya Marang
Tempat persidangan
MAJLIS DAERAH MARANG,

21600 Marang,

Terengganu Darul Iman
Laman sesawang
http://www.mdmarang.gov.my/index.php/ms/
Perlembagaan
Akta Kerajaah Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Marang di Marang, Terengganu ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 apabila semua Pentadbiran Penguasa Tempatan disusun semula. Semasa penubuhan Majlis Daerah Marang ianya meliputi dua (2) mukim sahaja iaitu Mukim Rusila dan Mukim Pulau Kerengga. Luas kawasannya ialah 43.10 kilometer persegi yang mengandungi 13 buah kampung.

Walau bagaimanapun pada 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang telah diperluaskan ke seluruh Daerah Marang merangkumi kawasan 666.54 kilometer persegi yang terdiri daripada 6 mukim, iaitu:

  • Rusila
  • Pulau Kerengga
  • Merchang
  • Jerong
  • Bukit Payung
  • Alor Limbat

Ini bermakna seluruh Daerah Marang merupakan Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang.

Sejarah

Daerah Marang sebelum tahun 1985 merangkumi empat buah mukim sahaja iaitu mukim Rusila, Pulau Kerengga, Jerung dan Merchang dengan penduduknya berjumlah seramai 54,996 orang. Mulai 1 Januari 1985 Daerah Marang telah diperbesarkan dengan menambah dua buah mukim baru iaitu Mukim Bukit Payong dan Mukim Alur Limbat yang dahulunya terletak di bawah pentadbiran Daerah Kuala Terengganu.

Ahli Majlis

Seramai 25 orang ahli majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi membantu melancarkan pentadbiran majlis.

Rujukan

  1. http://www.mdmarang.gov.my/index.php/ms/
  • l
  • b
  • s