Majlis Daerah Setiu

Majlis Daerah Setiu terletak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Kedudukannya adalah lebih kurang 70 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 40 kilometer dari bandar Jerteh.

Majlis Daerah Setiu
Logo
Sejarah
Diasaskan1 Jun 1985
Kepimpinan
Yang Dipertua
Encik Mohd Zalizan bin Sulong (sejak Ogos 2022)
Struktur
Ahli19 orang
Moto
Sesohor Setiu
Tempat persidangan
Majlis Daerah Setiu

Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri

Setiu, Terengganu
Laman sesawang
https://www.mds.gov.my/index.php/ms/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah & Latar Belakang

Majlis Daerah Setiu ditubuhkan pada 1 Jun 1985 mengikut Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 335 bertarikh 6 Jun 1985 dan merupakan pihak berkuasa tempatan yang ke-7 bagi negeri Terengganu.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Setiu terbahagi kepada sebuah bandar utama, iaitu Bandar Permaisuri (Pusat Daerah) dan lapan pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam konteks menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk:-

  • Pekan Sri Langkap (Sungai Tong)
  • Guntong Luar
  • Merang
  • Fikri
  • Penarik
  • Chalok
  • Saujana
  • Bintang

Keluasan

Luas kawasan pentadbiran pada 1985 adalah 76.69 kilometer persegi. Namun mulai 18 Julai 1996, seluruh kawasan Daerah Setiu telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Daerah Setiu sebagaimana Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 907 dan menjadikan luas kawasan Majlis Daerah Setiu bertambah kepada 1304.36 kilometer persegi (10.07% daripada keluasan negeri Terengganu).

Misi

  • Merancang dan membangunkan prasarana yang mampan dan perkhidmatan yang efektif bagi mencapai kesejahteraan Daerah Setiu.

Visi

Menjadikan Setiu sebuah daerah yang lestari dan sejahtera.

Yang Dipertua terdahulu

Bil. Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Tempoh Berkhidmat
1 YBM Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Bin Mansor [S.P.M.T, D.P.M.T, K.M.N, J.P, P.J.C, P.J.K] 01.01.1985 – 31.12.1990
2 YB Tuan Haji Shafi’i Bin Omar [A.M.N, P.J.K] 01.01.1991 – 31.05.1995
3 YB Datuk Haji Mohd Jidin Bin Shafee [D.P.M.T, D.M.S.M, K.M.N, A.M.N] 01.01.1995 – 31.12.1997
4 Tuan Haji Kamaludin Bin Ismail [S.M.Z, S.M.T, P.J.C, P.J.K] 01.01.1998 – 31.05.2000
5 En. Mustafa Bin Abdul Rahman [S.M.Z, S.M.T, P.J.C, P.J.K] 01.06.2000 – 30.11.2000
6 Tuan Haji Haron Bin Che Rawi [S.M.T, A.M.Z, P.J.K] 01.12.2000 – 19.04.2004
7 Tuan Haji Mohamad Kamil Bin Othman [S.M.T, P.J.C, P.J.K] 20.04.2004 – 16.04.2005
8 En. Wan Ismail Sahaimi Bin Haji Wan Omar [P.J.K] 17.04.2005 – 31.12.2008
9 En. Harun Bin Mohamad [A.M.Z, P.J.K] 01.01.2009 – 31.12.2010
10 Tuan Haji Ishamudin Bin Hashim [A.M.T, P.J.K] 01.01.2011 – 30.06.2012
11 Tuan Haji Johan Bin Ibrahim [A.M.Z, P.J.K] 01.07.2011 –

Rujukan

  1. https://www.mds.gov.my/index.php/ms/