Majlis Perbandaran Pekan

Majlis Perbandaran Pekan
Jenis
Jenis
Kerajaan Tempatan
Sejarah
Diasaskan1 Julai 1988
Kepimpinan
YDP
Mohamad Nasir Bin Jusoh
Struktur
Ahli22 orang ahli majlis
Moto
Pekan Bandar Diraja
Tempat persidangan
MAJLIS PERBANDARAN PEKAN,

Jalan Mahkota, 26600 Pekan Bandar Diraja,

Pahang Darul Makmur
Laman sesawang
https://mpp.gov.my/
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Pekan telah ditubuhkan pada 1 Julai 1988 bersamaan 17 Zulkaedah 1408 Hijrah. Dilancarkan secara rasmi oleh YTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Haji Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustaffar Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah, pada 3hb November 1990. Keluasan kawasan Majlis Perbandaran Pekan ini adalah kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2,351.8 kilometer persegi.

Majlis Daerah Pekan dinaiktaraf Kepada Majlis Perbandaran Diraja Pekan mulai 30 Julai 2023.

Misi dan Visi

  • Misi

Untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dalam kawasan Majlis Perbandaran Pekan yang bercirikan identiti Bandar Diraja melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti.

  • Visi

Menjadikan Pekan sebuah daerah yang megah, indah, progresif serta permai dan mendapat penarafan Bandaraya menjelang tahun 2050.

Objektif

  • Untuk memastikan kualiti perbandaran sentiasa di tahap optima melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkesan.
  • Untuk memastikan perancangan dan pembangunan bandar dilaksanakan secara bersistematik dan realistik.
  • Untuk memastikan ciri-ciri dan identiti bandar kekal dengan fungsinya sebagai Bandar Diraja.
  • Untuk menjamin kebersihan dan keindahan alam sekitar baik serta kekal dengan ciri-ciri semulajadi.
  • Untuk mewujudkan kualiti perkhidmatan optima melalui amalan pengurusan budaya korporat.

Fungsi

  • Majlis Perbandaran Pekan melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171) dan melaluinya MPP boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan. Antara fungsi MPP ialah :-
  1. Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja.
  2. Merancang dan mengawal pembangunan termasuk pelan struktur.
  3. Menyelaras dan membantu membangunkan Pekan atau bandar-bandar baru.
  4. Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
  5. Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap yang menarik.
  6. Membina dan menyelenggara jalan, sistem saliran dan menguruskan sistem lalulintas.
  7. Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, dewan, kompleks sukan, taman permainan kanak-kanak, perhentian bas dan lain-lain lagi seperti kemudahan rekreasi, lipur diri dan istirehat.
  8. Mengawal selia pelupusan sisa pepejaldan pembersihan bandar.
  9. Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan penyakit berjangkit.
  10. Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaikkan taraf kampung yang menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.

Piagam pelanggan

Kami berjanji untuk berusaha memberikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik untuk kepuasan penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pekan. Bagi tujuan tersebut, kami memberi jaminan seperti berikut :-

  1. Menjamin layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila membuat aduan tentang perkhidmatan kami.
  2. Menjamin untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan asas dalam kawasan Majlis Daerah Pekan.
  3. Memastikan kutipan sampah dan kebersihan dilaksanakan mengikut jadual.
  4. Memastikan semua aktiviti pembangunan adalah terkawal dan mengikut perancangan yang telah digariskan.
  5. Memproses Aduan / Maklumbalas pelanggan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
  6. Menguruskan kewangan dengan telus, cekap dan amanah.
  7. Memastikan pembayaran-pembayaran dilaksanakan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap diterima.
  8. Memastikan harta-harta dinilai dengan cekap dan berkesan.
  9. Menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan saksama.
  10. Melaksanakan kerja-kerja landskap dan pengindahan secara berterusan sepanjang tahun.

Perkhidmatan

  • Dataran Pekan
  • Bantuan kecemasan - (banjir, pokok tumbang, bomba, polis)
  • Perkhidmatan kaunter
  • Perlesenan
  • Pengindahan dan kebersihan
  • Medan penjaja

Rujukan

Majlis Perbandaran Pekan

Lihat juga

  • Pekan,Pahang