Maktab Rendah Sains MARA Gerik

Koordinat: 5°23′04″N 101°03′25″E / 5.38451°N 101.05687°E / 5.38451; 101.05687

Maktab Rendah Sains MARA Gerik
مكتب رنده ساءين س مارا ڬريق
Alamat
Bukit Nasah
Jalan Baling - Kuala Kangsar
Gerik, 33300, Perak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Gerik
Jenis sekolahPendidikan menengah
Ditubuhkan1993
StatusBeroperasi
PengetuaJuliati binti Abdul Jalil
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Rahizad bin Hashim
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohd Aizuddin bin Abdul Hanan
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Md Kahruddin bin Ismail
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganOur Excellence, Our Responsibility
Nama alumniANSARA Gerik
Laman sesawanggerik.mrsm.edu.my
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: 21 Jun 2024

Maktab Rendah Sains MARA Gerik (singkatan: MRSM Gerik) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Gerik, Perak.


Sejarah

Penubuhan maktab

MRSM Gerik beroperasi sepenuhnya pada Januari 1994, dengan kemasukan 98 orang pelajar Tingkatan 2 dan 146 orang pelajar Tingkatan 1. Sehingga Mei 1995 bilangan pelajar MRSM Gerik ialah seramai 336 orang. Di awal pengoperasian MRSM Gerik, terdapat kekurangan dan gangguan dalam operasi. Paling ketara, dalam peringkat awal adalah gangguan bekalan air dan elektrik akibat kerja - kerja melebar dan meluaskan jalan antara Gerik dan Lawin.

Senarai pengetua

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tuan Hj. Zakaria bin Mohd Noor Oktober 1993 Mac 2001
Tuan Hj. Shafie bin Teh April 2001 Disember 2003
Tuan Hj. Arshad bin Omar Januari 2004 Disember 2006
En. Sa’imin bin Jumari Disember 2006 Jun 2010
Tuan Hj. Md Noh bin Jani Julai 2010 Januari 2018
En. Ammar bin Ab Rahman Januari 2018 Disember 2019
Tuan Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail Januari 2020


Lagu rasmi

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Insiden

Keracunan makanan

Pada tahun 2018, seramai 23 orang pelajar dihantar ke Hospital Gerik dan poliklinik berdekatan kerana menunjukkan simptom keracunan makanan[1]. Ianya berpunca daripada juadah spageti dengan daging cincang yang merupakan hidangan sarapan pada waktu hujung minggu[2]. Daripada 23 orang pelajar, 11 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan dirawat sebagai pesakit luar[1].

Pada tahun 2023, seramai 60 orang pelajar mengalami keracunan makanan dan dirawat sebagai pesakit luar oleh pasukan perubatan bergerak[3]. Ianya berpunca daripada juadah ayam masak merah ketika para pelajar sedang berbuka puasa di hujung minggu[4]. Pelajar di situ mendapati juadah yang dihidang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan berpunca daripada ayam mentah yang telah rosak[3].


Rujukan

  1. ^ a b Mohd Arop, Mohd Hafizee (10 Januari 2018). "Sarapan tercemar". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2018. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  2. ^ Noordin, Shafiq (9 Januari 2018). "23 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2018. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  3. ^ a b Ramli, Liyana (5 April 2023). "60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2023. Dicapai pada 21 Jun 2024.
  4. ^ Mohd Ali, Abd Razak (5 April 2023). "60 pelajar MRSM Gerik keracunan makanan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2023. Dicapai pada 21 Jun 2024.


Lihat juga


  • l
  • b
  • s
Program Premier
Zon utara
Zon timur
Zon barat
Zon selatan
Zon Sabah dan Sarawak
Program IGCSE
Program IB MYP
Program Ulul Albab
Program Teknikal
Program Bitara/PKP
Tutup Operasi
  • Majlis Amanah Rakyat
  • Pendidikan di Malaysia
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
Ikon tunas

Rencana mengenai sekolah di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s