Malaysia4Palestine

Malaysia4Palestine
JenisKemanusiaan
NegaraMalaysia Malaysia
Rangkaian
  • Astro
  • Radio Televisyen Malaysia
Ibu pejabat
  • All Asia Broadcast Centre, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Angkasapuri Kota Media, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (Malaysia)
Pemilikan
Pemilik
  • Astro Malaysia Holdings
  • Jabatan Penyiaran Malaysia
Induk
  • Astro
  • Radio Televisyen Malaysia
Saluran kembarHEROES
10 Mei 2024 - 9 Jun 2024
Sejarah
Dilancarkan25 Mei 2024; 2 bulan yang lalu (2024-05-25)
Ditutup26 Mei 2024; 2 bulan yang lalu (2024-05-26)

Malaysia 4 Palestine (digayakan Malaysia4Palestine) merupakan sebuah saluran Pop-Up yang dikendalikan pertama kali diantara Astro Malaysia Holdings Berhad dan Jabatan Penyiaran Malaysia. Saluran ini bersiarkan untuk memberi kesedaran langsung kepada rakyat Malaysia mengenali situasi terkini dan krisis kemanusiaan yang melanda di bumi Palestin yang melanda akibat perang dengan negara haram jadah iaitu, Israel yang telah berlaku di Gaza hingga ke Rafah sekitar bulan Oktober 2023 hingga sekarang. Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin. Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dunia dari filem, TV, berita, muzik, media sosial dan bantuan kemanusiaan. Antaranya ialah Alif Satar, Mimi Lana, Hael Husaini, Siti Nurhaliza dan ramai lagi bagi bersolariti yang akan dipaparkan melalui saluran ini selama 24 jam dari 25 hingga 26 Mei, pada 12 tengah hari tanpa henti yang menyaksikan doa-doa, persembahan, rancangan khas, dokumentari dan banyak lagi yang berkaitan dengan isu Palestin atau Israel khas untuk pelanggan Astro dan NJOI serta rakyat Malaysia (melalui RTMKlik dan Sooka). Hanya saluran ini tidak mempunyai satu pun iklan tidak seperti yang berada di saluran Astro daripada lain. Saluran ini hanya tersedia di Astro dan NJOI (hanya mempunyai Pakej HD sahaja) secara percuma di saluran 111 (HD) dan boleh melalui strim secara percuma di Astro GO dan RTMKlik.

Rancangan utama

  • Malaysia4Palestine Special Part (Sehingga Bahagian 10, 1 Jam sebelum siaran tamat)*.
  • Rancangan Khas MeleTOP*.
  • Muzik Video Assalamualaikum versi ke-2.
  • Motif Tranding Khas*.
  • Agenda Awani Khas*.
  • Omar dan Hana (3 Masjid Istimewa).
  • Konsert khas dari pelbagai rancangan di Astro (Akan ditayangkan setiap sekali)*.


'*:Hak Cipta terhadap Astro tidak akan terjejas di RTMKlik.'

Lihat lagi

Rujukan