Manipulasi (filem)

Manipulasi
Genre
  • Drama
PenciptaA. Aida
Ditulis olehZack Zaideen
PengarahBade Hj. Azmi
Dibintangi oleh
  • Liyana Jasmay
  • Syafiq Kyle
  • Dayang Areeda
  • Catriona Ross
  • Ariff Aziz
  • Raja Hakim
  • Kenny Ong
Lagu pembukaan"Yang Terindah" nyanyian Ippo Hafiz
Lagu penutup"Aku Cinta" nyanyian Syamel dan Ernie Zakri
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Penerbit
  • A. Aida
  • Faris Che Aziz (eksekutif)
Penyunting
  • Amisyahril Edwan Amran
  • Muhammad Afindi
SinematografiAzly Aziz
Tempoh siaran88 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalNTV7
Siaran asal
  • 08 April 2018 (2018-04-08)
[1]

Manipulasi adalah telefilem Malaysia 2018 yang bertemakan cinta dan pengkhianatan. Telefilem ini telah ditayangkan pada 8 April 2018 pada jam 8.30 malam melalui saluran NTV7 di slot Luna.

Sinopsis

Ku Haris dan Rita berkahwin selepas mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama belajar dahulu. Haris yang berasal dari keluarga berada dilantik sebagai CEO di syarikat milik keluarga beliau. Rita pula tidak bekerja atas permintaan Haris. Sejak awal perkahwinan lagi, Haris sering pulang lewat sehinggakan telah menjadi buah mulut jiran mengatakan Haris mempunyai wanita simpanan. Ku Haris akhirnya terpaksa mengaku mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya benama Juana setelah beberapa kali ditangkap Rita. Ku Haris dan Juana akhirnya berkahwin dan Rita redha dimadukan kerana masih tidak dikurniakan zuriat. Juana yang kurang senang kerana terpaksa bermadu merancang pelbagai agenda supaya Ku Haris menceraikan Rita. Ku Haris akhirnya kecundang dan dia menceraikan Rita dengan alasan Rita tidak dapat memberinya zuriat dan penampilan yang terlalu kolot. Rita akhirnya bangkit dan memulakan kehidupan yang baru.

Pelakon dan watak

  • Liyana Jasmay sebagai Rita
  • Syafiq Kyle sebagai Ku Haris
  • Dayang Areeda sebagai Juana
  • Catriona Ross sebagai Puan Rose
  • Ariff Aziz sebagai Fattah
  • Raja Hakim sebagai Ku Hasyim
  • Kenny Ong sebagai Benny

Rujukan

  1. ^ "Manipulasi (ntv7)". myinfotaip.com. 8 April 2018.

Pautan luar