Masjid Kota Damansara

مسجد كوتا دمنساراcode: ms is deprecated Maklumat amCabang/mazhabSunni IslamDibuka pada15 Disember 2008StatusBeroperasiMaklumat pentadbiranImamUstaz Wan Muhammad Abd. Halim (Imam Besar)
Ustaz Muhammad Al Namawi Borhad (Timb. Imam Besar)
BilalUstaz Shazili
Ustaz Muhammad Lutfi
Ustaz Feizal
Maklumat geografiNegaraMalaysiaNegeriSelangorDaerahPetaling JayaLokasiJalan Sepah Puteri 5/21,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, SelangorKoordinat3°09′42″N 101°35′14″E / 3.161727°N 101.587169°E / 3.161727; 101.587169Koordinat: 3°09′42″N 101°35′14″E / 3.161727°N 101.587169°E / 3.161727; 101.587169Maklumat pembinaanGaya seni binaModenBil. kubah1Bil. menara1Laman sesawangMasjid Kota Damansara
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Kota Damansara juga dikenali sebagai Masjid Kuning merupakan sebuah masjid kariah yang terletak di kawasan perumahan Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor iaitu sebuah negeri dalam Malaysia. Ianya dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.[1]

Lokasi

Masjid Kota Damansara terletak di Jalan Sepah Puteri 5/21, Seksyen 5 Kota Damansara, salah satu perbandaran di Petaling Jaya. Masjid ini dapai dicapai dengan mengambil persimpan Jalan Sepah Puteri 5/21 dari Persiaran Mahogani ataupun Jalan Sepah Puteri 5/1. Secara geografi, ialah terletak di koordinat 3°09′42″N 101°35′14″E / 3.161727°N 101.587169°E / 3.161727; 101.587169 manakala dari segi pentadbiran ialah terletak di bawah Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling. Terletak berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5, Pangsapuri Carmila dan Stesen Minyak Shell Seksyen 11 Kota Damansara.[2]

Latar belakang

Masjid Kota Damansara digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat dan berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5. Permohonan memperuntukkan kewangan pembinaan masjid ini dibuat melalui Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor. Pada 8 Jun 2004, satu jawatankuasa sementara telah ditubuhkan untuk menggerakkan dan memohon kepada kerajaan negeri Selangor untuk membina masjid di Kota Damansara. Ianya siap sepenuhnya pada 2 Oktober 2008.[3]

Kemudahan

Antara kemudahan yang tersedia di Masjid Kota Damansara ialah ruang solat yang berhawa dingin, bilik seminar, bilik kuliah, perpustakaan, pejabat, bilik imam dan bilal, van jenazah, dapur, tandas dan stor.[3]

Pengangkutan

Masjid Kota Damansara dapat dicapai dengan mengunakan perkhidmatan Bas Perkhidmatan MRT dari Stesen MRT Kota Damansara di Pintu A stesen, laluan T805 (Stesen Kota Damansara–Seksyen 4, 5 Kota Damansara dan Taman Sains Selangor) dengan mengambil perhentian bernama "Masjid Kota Damansara" ataupun di perhentian Sekolah Rendah Agam Seksyen 5.[4][5]

Galeri

  • Kemudahan yang tersedia di Masjid Kota Damansara
    Kemudahan yang tersedia di Masjid Kota Damansara
  • Persekitaran Masjid
    Persekitaran Masjid
  • Pintu masuk utama tempat beribadah
    Pintu masuk utama tempat beribadah
  • Dapur dan tandas lelaki
    Dapur dan tandas lelaki
  • Tempat letak kereta
    Tempat letak kereta

Rujukan

  1. ^ Masjid Kota Damansara
  2. ^ "Peta dan Data Rangkaian Masjid-MasjidMalaysia di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ a b "Masjid Kota Damansara". 2010. Dicapai pada 27 Februari 2021 – melalui masjid.islam.gov.my.
  4. ^ "MRT Kota Damansara (T805) & (T806) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-07-20.
  5. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T805 - MRT Kota Damansara Seksyen 4, 5 Kota Damansara". Moovit. 6 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.

Pautan luar

  • Masjid Kota Damansara di Peta Google
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Klang
(Daerah Klang)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori