Masjid Kristal
sunting
Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.
Sejarah
Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong pada ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur'an elektronik.[3]
Pada tahun 2022, Masjid Kristal kembali beroperasi bermula bulan Ramadan sejak ditutup pada tahun 2018 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaikpulih yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.[4]