Masjid Paloh, Ipoh

Masjid Paloh, Ipoh
Maklumat pentadbiran
ImamAbdul Mohsein bin Badaruddin (Imam Besar)
LokasiMasjid Paloh, Jalan Datoh,
30000 Ipoh, Perak

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Paloh merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Ipoh, Perak, Malaysia. Ia merupakan antara masjid tertua di bandar Ipoh. Terletak di Jalan Datoh, ia dibina oleh Wan Muhammad Saleh, penyelaras penghulu-penghulu dan timbalan pengutip hasil tanah semasa dibawah pentadbiran penjajah Frank Swettenham.

Masjid Paloh Ipoh di bina semula pada tahun 1912 selepas seorang hartawan di Ipoh iaitu Haji Long Mohd Kassim meninggal dunia. Nama Asal Masjid Paloh ialah Mohamedan.

Tiga orang penyumbang untuk membina Masjid ini iaitu yang pertama Toh Puan Saripah Binti Duakap, yang kedua Datok Panglima Bukit Gantang Mahmud Bin Mohd Taib dan yang terakhir sekali ialah Hj Long Mohd Kassim Bin Ngah Banja Jagra. Geran tanah bagi masjid ini menjadi hak milik Toh Puan Saripah Binti Duakap dan beliau tidak mempunyai waris.