Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas


Masjid Sultan Ismail
Majlis Khatam Al-Quran 1445H

Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas,Tangkak,Johor (Jawi:مسجد سلطان اسماعيل ،تنجوڠ اڬس، تڠكق ،جوهر) terletak di dalam Kampung Tanjung Agas Mukim Kesang Daerah Tangkak,Johor.Masjid terletak berhadapan masjid kembarnya di Muar.Masjid ini terletak dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Kadi Daerah Tangkak

Masjid ini mempunyai arkitektur seni bina Inggeris.Masjid ini mempunyai dewan solat yang luas ,minbar seni bina yang dipengaruhi Turki dan Arab.Kapasiti Jemaah yang boleh menampung 3000-4000 jemaah dalam suatu masa.

Asal mulanya masjid ini dibina bersaing dengan Jambatan Kedua Muar,Lebuh Pintasan Muar(Bypass) dan dimasyhurkan pada 23/4/2004 oleh Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj,Tunku Mahkota Johor.Masjid ini dapat menampung 3000-5000 Jemaah dalam suatu masa.Masjid ini merupakan antara masjid yang terbesar di negeri Johor dan masjid ini merupakan Masjid kedua daerah Tangkak selepas Masjid Bandar Tangkak, Tangkak, Johor.


Pengurus :Pejabat Kadi Daerah Tangkak

Pengerusi :Imam Muhammad Fadzil Bin Abu Samah (Imam Daerah Tangkak)

Imam 1: Imam Nor Azlan Bin Masbor

Imam 2: Imam Sahril Bin Sahdullah

Imam 3:Imam Mustaqim Bin Eidris

Bilal 1: Bilal Muhammad Azmi Bin Yacob

Bilal 2:Bilal Muhammad Hafizzuddin

Bilal 3:Bilal Muhammad Jumat Bin Jamil

Noja 1:Rosli Bin Salleh

Pegawai PRA:Farid Bin Ali

  • l
  • b
  • s