Mencintaimu Mr. Photographer

Mencintaimu Mr. Photographer ialah sebuah siri drama Malaysia 2017 arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Marissa Yasmin, Arash Mohamad, Hairie Othman, Amy Mastura dan Fahmy Reza. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria dan Astro Ria HD pada 3 Julai 2017 menggantikan Hero Seorang Cinderella.[1]

Mencintaimu Mr. Photographer
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam
Ditulis olehPanel MIG
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
  • Syafiq Kyle
  • Hannah Delisha
  • Marissa Yasmin
  • Arash Mohamad
  • Hairie Othman
  • Amy Mastura
  • Fahmy Reza
Lagu pembukaanJampi - Hael Husaini
Lagu penutupJampi - Hael Husaini
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim
PenerbitMejar (K) David Teo
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Ria HD (Slot MegaDrama)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Julai 2017 – 27 Julai 2017
Kronologi
MengikutiHero Seorang Cinderella
Diikuti olehMy Darling, Inspektor Daniel

Sinopsis

Satu kejadian yang tidak sangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon Kanak-Kanak

  • Mohd Ikram Abdulla sebagai Akmal 10 tahun
  • Zaara Amanda Hariz S. Nizam sebagai Aira 10 tahun

Rujukan

  1. ^ Mencintaimu Mr. Photographer myinfotaip.