Meru, Selangor

Pekan Meru
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Klang
MukimPekan Meru
KeluasanN/A

Meru adalah sebuah bandar kecil di daerah Klang, Selangor, Malaysia. Bandar ini sedang meningkat naik kerana terdapat banyak bandar baru dibangunkan di sekitarnya. Antara bandar baru yang sedang pesat membangun di Meru adalah Bandar Baru Setia Alam.

Selain itu, Terminal Bas Klang yang dahulunya bertempat di Jalan Pos Baharu telah dipindahkan 80% ke sebuah terminal baru yang dinamakan Klang Sentral di Meru. Ini menjadikan Meru sebagai sebuah hab laluan baru bagi sistem pengangkutan di Klang.

Meru terletak dalam Parlimen Kapar di bawah Y.B. Manikavasagam Sundaram. Ahli Dewan Undangan Negeri Meru pada waktu ini adalah Y.B. Tuan Haji Fakhrulrazi.


Sejarah

Kampung Meru mula diteroka sekitar tahun 1901. Kumpulan peneroka ini adalah dari keturunan orang Jawa yang tinggal di Batu Belah.

Bermula dari hutan belantara, kumpulan peneroka mi menebang dan membersihkannya untuk dijadikan tempat bercucuk tanam. Mereka menanam tanaman kontan, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pondok-pondok mula didirikan sebagai tempat berteduh dan akhinya dijadikan sebagai penempatan kekal.

Lebih kurang 10 tahun selepas diteroka, penduduk semakin ramai dan bertambah iaitu sekitar 50 keluarga. Kampung yang baru di buka memerlukan seorang pemimpin, oleh itu pada tahun 1911 Tn Hj Mohamad Shariff telah dilantik sebagai Ketua Kampung yang pertama. Beliau merupakan ketua kumpulan peneroka.

Nama Meru telah dipilih bersempena nama sebuah gunung di Tanah Jawa iaitu Gunung Mahameru yang mana ia merupakan daerah asal kumpulan peneroka Kampung Meru. Penduduk Meru mula bertambah dari sehari ke sehari. Kumpulan peniaga keturunan Cina mula berhijrah ke Kampung Meru dan diikuti oleh buruh keturunan kaum India.

Pada tahun 1916, masjid Kampung Meru mula didirikan di tapak masjid lama yang ada sekarang. Pada tahun 1917 penduduk Kampung Meru membuka tanah perkuburan yang terletak di Kampung Hj Mohamad Sharif.

Pada tahun 1918 Sekolah Melayu Sungai Binjai didirikan di tapak Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Cina yang ada sekarang. Pada tahun 1924 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan berpindah ke tapak Pusat Kesihatan Meru. Atas dasar keperluan sekolah ini terpaksa berpindah ke tapak yang ada sekarang.

Bangunan lama sekolah ini telah dijadikan Sekolah Rendah Agama Meru pada tahun 1955. Pada, tahun 1982 Sekolah Menengah Meru telah didirikan untuk kemudahan pembelajaran peringkat menengah anak-anak tempatan Kampung Meru, Kampung Bukit Kapar dan Kampung Budiman.

Daripada sebuah kawasan perkampungan kecil 100 tahun lalu, kini kampung Meru telah berubah wajah menjadi sebuah pekan yang amat pesat membangun. Kini kampung Meru memiliki segala kemudahan dan infrastruktur seperti sekolah, masjid, surau, klinik, bank lebih 40 buah taman perumahan dan sebagainya untuk kemudahan penduduk.

Kebanjiran dan pertambahan jumlah penduduk serta kepesatan pembangunan Kampung Meru adalah seiringan dengan pencapaian status Selangor Negeri Maju tahun 2005. Kampung Meru akan terus mengekalkan azam untuk meneruskan kejayaan yang dicapai di masa akan datang ke arah menjadikan Kampung Meru sebagai kampung yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kawasan

Kawasan yang meliputi Meru bermula dari Batu 1, Jalan Meru yang terletak di laluan keluar Bandar Klang dan terdapat Sekolah Menengah Tinggi Klang di situ. Sempadan Meru berakhir di Bukit Kapar iaitu di Batu 8 1/2, sempadan Kapar di Persiaran Hamzah Alang dan sempadan daerah Shah Alam di Jalan Paip.

Mercu tanda

Terdapat beberapa mercu tanda yang memperkenalkan Meru kepada orang luar. Antaranya: -

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang ( Klang High School )
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Meru
  • Pusat Perniagaan NBC
  • Klang Parade
  • Terminal Bas Sani Express Laman Web Diarkibkan 2014-04-15 di Wayback Machine
  • Taman Bunga Melor
  • Taman Seri Pekan
  • Bandar Bukit Raja
  • Mutiara Bukit Raja
  • Asrama Peyakin ( Pusat Perlindungan Anak Yatim dan Miskin )
  • Bandar Baru Setia Alam
  • Tesco Bandar Setia Alam
  • Terminal Klang Sentral
  • Aman Perdana
  • Pusat Perindustrian Meru Indah
  • Pusat Perindustrian Meru
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tiong Hua Kok Bin
  • Masjid Ass Sharif
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai
  • Sekolah Rendah Agama Meru
  • Sekolah Kebangsaan Meru
  • Sekolah Kebangsaan Meru (2)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Meru
  • Fairy Park Memorial
  • Dewan MPK Meru

Pautan luar

  • Peta-peta Meru
  • Portal Kampung Meru
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Klang
(Daerah Klang)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori