Mukim Chuping

  Mukim Chuping
Negara MalaysiaNegeri PerlisPentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran KangarKeluasan
 • Jumlah102 km2 (39 batu persegi)Penduduk
 (2010)
12,779 • Kepadatan125.3/km2 (325/batu persegi)

Mukim Chuping merupakan salah satu mukim di negeri Perlis.[1]

Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung.

Pentadbiran

Mukim Chuping merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Pusat bagi mukim Chuping terletak di Pekan Chuping yang menjadi pusat perdagangan utama di mukim ini[2]. Mukim Chuping juga dipecahkan kepada beberapa buah kampung dan taman perumahan. Keluasan mukim Chuping ialah 102 km persegi dan menjadi mukim kedua terbesar di Perlis. Mukim Chuping juga dihuni kira-kira 12,779 orang pada 2010.[3]

Geografi

Mukim Chuping terletak di utara negeri Perlis bersempadan dengan mukim Pedang Siding, Ngulang dan Oran di selatan, Paya dan Beseri di barat, Titi Tinggi di utara dan daerah Sadao, Thailand di timur. Mukim Chuping terkenal dengan kemajuan dalam sektor pertanian dan menjadi kawasan penanaman tebu terbesar di Malaysia.

Demografi

Jumlah penduduk di mukim Chuping ialah sebanyak 12,779 orang mengikut bancian 2010 dengan taburan penduduk 125 orang perkilometer persegi iaitu kategori taburan penduduk sederhana.[3] Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 82 peratus dari jumlah penduduk.[4]

Pecahan penduduk mengikut kaum (2010)[4]
Warganegara Kaum Jumlah
Warganegara

Malaysia

Bumiputera Melayu 10,434
Bumiputera lain 99
Cina 126
India 46
Lain-lain 1,719
Bukan warganegara tiada data 355
Pecahan penduduk mengikut kumpulan umur (2010)[4]
Kumpulan umur Jumlah
70 tahun dan ke atas 619
60 hingga 69 tahun 931
50 hingga 59 tahun 1,302
40 hingga 49 tahun 1,576
30 hingga 39 tahun 1,497
20 hingga 29 tahun 2,144
10 hingga 19 tahun 2,526
0 hingga 9 tahun 2,184
Pecahan penduduk mengikut jantina (2010)[4]
Jantina Jumlah
Lelaki 6,580
Wanita 6,199

Rujukan

  1. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH PERLIS" (PDF). Geoportal Malaysia.
  2. ^ "APLIKASI CARIAN KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH (UPI)".
  3. ^ a b "Chuping population". Citypopulation (dalam bahasa Inggeris). 2010.
  4. ^ a b c d "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010.
  • l
  • b
  • s
Bendera Perlis Perlis Lambang Perlis
Mukim
Pekan
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P001 Padang Besar
N01 Titi Tinggi
N02 Beseri
N03 Chuping
N04 Mata Ayer
N05 Santan

P002 Kangar
N06 Bintong
N07 Sena
N08 Indera Kayangan
N09 Kuala Perlis
N10 Kayang

P003 Arau
N11 Pauh
N12 Tambun Tulang
N13 Guar Sanji
N14 Simpang Empat
N15 Sanglang