Orang Melayu Kedah

Orang Melayu Kedah
ﻤﻼﻴﻮ ﻗﺪﺡ
Sekumpulan muzik Melayu bersama penari dengan muka diconteng di Kuala Muda, Kedah, 1905.
Jumlah penduduk
3.1 juta (Lembah Kedah - 2008)
jumlah sebenar mungkin lebih daripada 5 juta
Kawasan ramai penduduk
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Malaysia), selatan Thailand & selatan Myanmar
Bahasa
Bahasa Malaysia dalam loghat atau dialek seperti Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Baling dan Bahasa Melayu piawai, Thai, Burma, Inggeris
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia

Orang Melayu Kedah merupakan antara masyarakat subetnik Melayu yang terbesar. Rata-rata mereka tinggal di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia. Selain itu, orang Melayu-Kedah juga turut membentuk komuniti di luar negara khususnya di wilayah-wilayah Selatan Thailand dan bahagian selatan wilayah Tanintharyi di selatan Myanmar.

Pengenalan

Suku Melayu Kedah merupakan antara sub-suku Melayu yang terbesar di Malaysia. Mereka merupakan antara penghuni terawal Semenanjung Tanah Melayu[perlu rujukan]. Kumpulan ini membentuk kira-kira 15% Suku Melayu di Malaysia.

Sejarah

Seorang lelaki Melayu Kedah dan anaknya berdiri di hadapan kenderaan berhias di Alor Setar, Kedah, 1937.

Sejarah awal Kedah boleh dikesan daripada pelbagai sumber, dari zaman prasejarah, tapak arkeologi Lembah Bujang, perdagangan maritim awal India, Parsi, dan orang Arab sehinggalah kepada karya bertulis jemaah haji Cina awal dan rekod awal Cina. Karya Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah merupakan dokumen terpenting tentang sejarah Kedah. Kerajaan Kedah pernah menjadi salah satu kerajaan purba yang terbesar di Nusantara. Kerajaan ini membentang daripada Tanintharyi di selatan Myanmar sehingga ke bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu. Empayar Kedah juga pernah meliputi seluruh bahagian selatan Thailand. Ini menyebabkan sehingga ke hari ini majoriti Melayu Myanmar dan sebahagian Melayu Thailand berketurunan daripada Melayu Kedah[perlu rujukan].

Menjelang sekitar 788 BCE, sebuah penempatan besar telah ditubuhkan di tebing utara Sungai Merbok yang terletak berhampiran bandar Sungai Petani hari ini. Penempatan itu adalah salah satu daripada beberapa di Lembah Bujang yang menjadikannya tapak arkeologi terbesar di negara ini. Penempatan Merbok dibina berhampiran muara sungai anak sungai, Sungai Batu.[1][2] Sekitar 170 CE, agama Hindu telah diperkenalkan ke Kedah oleh pedagang atau pendatang dari benua kecil India, menyertai mereka tidak lama kemudian adalah orang-orang dari pulau-pulau berdekatan (terutamanya Austronesia) dan wilayah utara Kra Isthmus (terutamanya Mon-Khmers) yang berhijrah ke Kedah dan berasimilasi dengan penduduk tempatan. Pada masa yang sama pedagang dari China, Parsi dan Arab, tiba di ambang Selat Melaka ke Kedah, menggunakan Gunung Jerai sebagai titik penanda. Tamadun Kedah Purba meliputi kawasan Kuala Kedah, Kuala Bara, Kuala Pila dan Merpah hari ini.

Pada abad ke-7, Kedah menjadi sebahagian daripada Srivijaya, sebuah thalassokrasi yang meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa bahagian di Sumatera dan Jawa. Kedah kekal sebagai pusat perdagangan, budaya, politik dan agama yang penting di seluruh kepulauan Melayu. Namun pada abad ke-11, Raja Rajendra Chola I dari Empayar Chola menghantar ekspedisi untuk menyerang Kedah (Sri Vijaya) bagi pihak salah seorang pemerintahnya yang meminta bantuannya untuk mendapatkan takhta. Ini menyebabkan Kedah hancur selepas perang dan menjadi negeri bawahan para Chola[3] Ekspedisi luar negara Rajendra menentang Srivijaya merupakan peristiwa unik dalam sejarah India dan hubungannya yang aman dengan negeri-negeri Asia Tenggara. Beberapa tempat di Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayu kini telah diceroboh oleh Rajendra I dari dinasti Chola.[4][5]

Menurut sumber sejarah, Kerajaan Kedah merupakan salah satu kerajaan yang terkenal oleh pedagang dari Semenanjung Arab. Walaupun Kedah Tua diasaskan sebagai kerajaan Hindu, kedatangan pedagang Islam Arab pada abad ke-7 telah memperkenalkan Islam kepada kerajaan tersebut. Raja Phra Ong Mahawangsa menjadi raja Hindu terakhir Kedah sebelum memeluk Islam pada tahun 1136, yang menandakan Kedah sebagai kerajaan Islam terawal di Semenanjung Tanah Melayu dan antara yang terawal di Asia Tenggara.[6] Ini menyebabkan perkahwinan campur antara suku Melayu dengan pedagang Arab. Disebabkan kuatnya pengaruh arab terhadap Bahasa Melayu Kedah, kita boleh menyimpulkan bahawa sebahagian besar daripada Melayu Kedah mempunyai darah campuran Arab. Namun, ini tidak bermakud bahasa setiap Melayu Kedah merupakan keturunan arab. Misalnya, sebagian mereka yang di Pulau Pinang berkemungkinan mempunyai darah India, manakala mereka yang berada berdekatan Thailand mempunyai darah campuran Orang Thai.

Prestij dan pengaruh Kedah merosot dengan ketara pada abad ke-14-15 selepas kebangkitan jirannya di selatan, Melaka dan Kerajaan Ayutthaya di utara. Kedah berada di bawah pengaruh Ayutthaya sehingga perang Melaka-Siam 1456[7][8] yang menyebabkan Kedah menjadi negeri taklukan bagi Melaka.[9] Pengaruh Melaka mengakibatkan kemasukan Melayu orang Kedah pada pertengahan abad ke-15. Pada awal abad ke-17, Kesultanan Aceh menjadi kuasa wilayah baru di rantau ini dan menyerang Kedah pada tahun 1629. Ramai orang Kedah terpaksa berpindah ke tempat lain atau dibawa ke Aceh sebagai orang buangan.[10]

Kedatangan British pada akhir abad ke-18 memaksa Kedah memajak Pulau Pinang sebagai perlindungan daripada pencerobohan Siam. Bagaimanapun perjanjian itu tidak membuahkan hasil kerana British tidak melindungi Kedah daripada serangan Siam yang membawa kepada Kedah menyerang Pulau Pinang pada tahun 1790. British berjaya melakukan serangan awal dengan menyerang kubu dan pos tentera laut Kedah dan memaksa Sultan Kedah menandatangani perjanjian gencatan senjata pada 1791. Pulau Pinang kekal sebagai tanah jajahan British sebagai sebahagian daripada Negeri-negeri Selat bersama Singapura dan Melaka sehingga 1948, di mana ia menjadi sebuah negeri berdaulat dalam Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.

Pencerobohan berterusan dari Siam terhadap Kedah yang penting secara strategik membawa kepada pencerobohan 1821 Siam ke atas Kedah. Pencerobohan itu telah memusnahkan kestabilan politik dan ekonomi Kedah termasuk pembuangan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, pembahagian Kedah kepada kerajaan-kerajaan yang lebih kecil (Setul, Perlis dan Kubang Pasu) dan mengarahkan pemerintahan Siam ke atas Kedah selama lebih 20 tahun sehingga kemerdekaannya dipulihkan pada tahun 1842. Kubang Pasu telah bersatu semula dengan Kedah pada tahun 1859 tetapi Perlis dan Setul kekal merdeka sehingga 1909, apabila Perjanjian Inggeris-Siam menyebabkan perpecahan Perlis dan Kedah serta Setul yang dikuasai Siam (yang kemudiannya akan menjadi wilayah Satun). Kedah, bersama 11 negeri lain telah menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dan kemudiannya sebagai sebuah negeri dalam Malaysia pada tahun 1963.

Lembah Kedah

Majoriti daripada penduduk Lembah Kedah merupakan berketurunan suku Melayu Kedah. Lembah ini meliputi Phuket, Satun, Krabi, Phang Nga, Trang di Thailand & Tanintharyi di Myanmar serta 3 negara bahagian utara Malaysia (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) dan juga bahagian negeri Perak Utara sehingga ke daerah Manjung dan Pulau Pangkor. . Ia meliputi kawasan berkeluasan kurang lebih 25,908 km persegi.

Nama etnik

Pada hari ini, kebanyakkan etnik Melayu Kedah menggelar diri mereka sebagai Orang Utara berikutan tempat asal mereka di utara Semenanjung Malaysia. Begitu juga bahasa mereka yang dikenali sebagai Bahasa Utara atau loghat utara.

Bahasa

Bahasa Melayu Kedah boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek, antaranya Kedah Pesisiran (Standard), Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang, Satun dan lain-lain.

Bahasa Melayu Kedah Bahasa Melayu Standard
Hang Kamu
Cek Saya
Depa Mereka
Hangpa Kalian
Kalot Tergesa-gesa
Pi Pergi
Mai Datang, Mari
Awat, Pasepa Mengapa
La Sekarang
Sat Sebentar, Sekejap
Mengkala Bila, Apabila
Ketegaq Degil
Jom Ayuh, Mari
Kot Mungkin, Barangkali
Geghek Basikal

Adat dan budaya

Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Kedah mempunyai persamaan dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Perbezaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Antara Kebudayaan Melayu Kedah ialah:

  • Seni Tari - Tarian Mek Mulung, Tarian Inai (Kedah Darul Aman), Tarian Canggung (Perlis Indera Kayangan), Tarian Boria (Pulau Pinang Pulau Mutiara)
  • Pakaian - Baju Kurung Kedah[pautan mati kekal]
  • Seni Muzik - Ghazal Kedah Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine
  • Seni Teater - Wayang Kulit Gedek
  • Senibina - Rumah Kedah Diarkibkan 2010-03-22 di Wayback Machine, Rumah Perlis Diarkibkan 2010-09-04 di Wayback Machine, Rumah Pulau Pinang Diarkibkan 2010-08-21 di Wayback Machine
  • Lagenda - Mahsuri, Raja Bersiong
  • Seni mempertahankan diri - Silat Cekak Diarkibkan 2010-06-04 di Wayback Machine

Tokoh-tokoh Melayu Kedah

Rujukan

Petikan

  1. ^ "Sg Batu to be developed into archaeological hub". The Star. 3 October 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
  2. ^ "FIVE REASONS WHY YOU MUST VISIT THE SUNGAI BATU ARCHAEOLOGICAL SITE AT LEAST ONCE IN YOUR LIFETIME". Universiti Sains Malaysia. 14 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2021. Dicapai pada 8 November 2020.
  3. ^ Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Singapore: Editions Didier Millet. ISBN 981-4155-67-5.
  4. ^ Nagapattinam to Suvarnadwipa: Reflections on the Chola Naval Expeditions to Southeast Asia by Hermann Kulke, K Kesavapany, Vijay Sakhuja p.170
  5. ^ Trade and Trade Routes in Ancient India by Moti Chandra p.214
  6. ^ Iskandar, Yusoff (1992). The Malay Sultanate of Malacca: A Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History (dalam bahasa Inggeris). Dewan Bahasa dan Pustaka, Ministry of Education Malaysia. m/s. 169. ISBN 978-983-62-2841-3.
  7. ^ "Siamese Nemesis".
  8. ^ "Tales from the Malay Annals: The Wisdom of Tun Perak". 19 April 2021.
  9. ^ https://melayu.library.uitm.edu.my/445/1/K_RAMLAH%20ADAM%20UniMAP%2016.pdf [PDF URL kosong]
  10. ^ https://thesiamsociety.org/wp-content/uploads/1971/03/JSS_059_1g_SharomAhmat_KedahSiamRelations.pdf [PDF URL kosong]

Sumber

  • Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • (Inggeris) Dato’ James F. Augustin (1996) Bygone Kedah. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman
  • Intisari Kebudayaan Melayu Kedah (1986). Alor Setar: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah.
  • l
  • b
  • s
Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sarawak
Sabah