PA Lelaki Kerek

  • Drama
  • Keluarga
  • Cinta
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel P.A Lelaki Kerek karya Rose ElizaDitulis oleh
  • Mazelan Manan
  • Siti Hawa Ibrahim
PengarahHaris Kadir
Dibintangi oleh
  • Johan As'ari
  • Jasmine Suraya
  • Syafie Naswip
Negara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod26PenerbitanTempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Pro Pictures Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV OkeyFormat gambar1080i (HDTV)Format audioDolby DigitalSiaran asal4 Mei 2022 – 28 Julai 2022

P.A Lelaki Kerek merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Haris Kadir dibintangi oleh Johan As'ari, Jasmine Suraya, dan Syafie Naswip. Siri ini memulakan tayangan perdana di Drama Okey, TV Okey bermula 4 Mei 2022 menggantikan Imamku Okey. [1]

Sinopsis

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

Pelakon

  • Johan As'ari sebagai Tengku Irfan
  • Jasmine Suraya sebagai Irdina Asyikin
  • Syafie Naswip sebagai Naufal
  • Wan Sharmila sebagai Melisa
  • Afifah Nasir sebagai Imelda
  • Adi Putra sebagai Irshad
  • Khairil Anwar Aman sebagai Tengku Iqbal

Rujukan

  1. ^ Drama P.A Lelaki Kerek. Myinfotaip. Dicapai 3 Mei 2022