1. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad 2. Dr. Siti Mariah Mahmud 3. YB Tuan Haji Adly Zahari 4. Dato' Mahfuz Omar 5. YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara
YB Datuk Aiman Athirah Sabu
Ketua Pemuda Amanah Negara
YB Senator Tuan Mohd Hasbie Muda
Ditubuhkan
16 September 2015; 8 tahun yang lalu (2015-09-16)
Pecahan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Didahului oleh
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
Ibu pejabat
Wisma Amanah Negara, Unit No. 73-1, Tingkat 1, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara, Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur, Malaysia
Parti Amanah Negara (Tulisan Jawi: ڤرتي أمانه نڬارا , singkatannya AMANAH) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang diasaskan oleh Mohamad Sabu bersama bekas pimpinan PAS yang keluar daripada parti tersebut. Parti ini pada asalnya bernama Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) yang ditubuhkan pada 1978 dan kemudiannya parti ini diserahkan kepada Gerakan Harapan Baru (G18) dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara yang dilancarkan pada 16 September 2015.[1] AMANAH adalah parti politik yang mempunyai ideologi Islam progresif dan reformis. Ia juga merupakan salah satu daripada parti-parti yang tergabung dalam Pakatan Harapan.
Sejarah penubuhan
Malaysian Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia)
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia telah ditubuhkan pada Januari 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai sebuah parti politik di Malaysia. Parti tersebut mempunyai calon tunggal, iaitu presidennya sendiri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Sungai Besi serta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungei Way. Beliau telah kehilangan deposit di kedua-dua buah kerusi pemilihan. Sejak itu, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak bertanding di mana-mana Pilihan Raya di Malaysia. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah parti yang tidak aktif sehingga diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru pada 31 Ogos 2015. Simbol atau logo Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah sebatang cangkul dengan sebuah gerigi gear berlatarbelakang warna hijau gelap.[2]
Pengambilalihan oleh Gerakan Harapan Baru
Gerakan Harapan Baru mengambil alih PPPM selepas cubaan menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Gerakan Harapan Baru telah bersetuju dengan satu-satunya syarat yang diberikan oleh ahli-ahli PPPM yang menghendaki Gerakan tersebut untuk tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[3][4][5][6][7] Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan menukar nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Sebaik sahaja Amanah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), ianya telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September yang juga merupakan Hari Malaysia dengan sekurang-kuranya 35,000 orang penyertaan ahli.[8]
Penjenamaan semula kepada Parti Amanah Negara
Ahli-ahli PPPM telah bersetuju membenarkan pertukaran nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Amanah dalam mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 8 September 2015, yang turut mempersetujui perubahan logo dan bendera.[9]
Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015 di peringkat kebangsaan, sementara ia masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Amanah adalah pengambilalihan dan penjenamaan semula Parti Pekerja untuk menjadi sebuah parti politik baru yang diterajui oleh para pemimpin yang telah meninggalkan PAS.[10] Logo baru dan bendera telah diumumkan pada pelancaran rasminya pada 16 September 2015.[11]
Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Amanah mempunyai tiga orang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahli Dewan Negara yang terkini dari Parti Amanah Negara ialah Mohd Hasbie Muda dan Mohd Hatta Md Ramli dilantik pada bulan Mac 2023.[15]
Amanah mempunyai 11 anggota dewan undangan negeri. Ia mempunyai wakil di negeri Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perak. AMANAH di bawah PH bersama-sama menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dan mempunyai satu wakil di Johor. AMANAH mempunyai 2 wakil EXCO di Selangor dan 1 EXCO di Perak serta diberi jawatan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato' MK Ibrahim Abd Rahman (bukan ADUN) dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN Bayan Lepas).
Penyertaan Amanah dalam pilihan raya bermula dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016, beberapa bulan selepas penubuhannya. Kemudian Amanah menghantar calon dalam Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar 2016 yang merupakan kawasan parlimen pertama yang ditandingi parti itu. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, Amanah bersama-sama parti komponen Pakatan Harapan menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat. Wakil rakyat Amanah telah berada dalam Dewan Rakyat dan beberapa Dewan Undangan Negeri seawal penubuhan mereka pada 2015 kerana sebelum penubuhan parti, mereka merupakan ahli dan calon Parti Islam Se-Malaysia dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013.
^LOOI SUE-CHERN (2 October 2015). "PAN gets RoS nod for new name". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 October 2015. Dicapai pada 2 October 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Ram Anand (31 August 2015). "GHB to take over dormant Workers Party". The Malaysian Insider. Dicapai pada 31 August 2015.
^FMT Reporters (31 August 2015). "Seven rebel MPs ditch PAS for breakaway GHB". Free Malaysia Today. Dicapai pada 9 September 2015.
^Rahmah Ghazali (31 August 2015). "GHB announces setting up of Parti Amanah Negara". The Star Online. Dicapai pada 9 September 2015.
^"GHB ambil alih Parti Pekerja Malaysia". Berita Harian. 31 August 2015. Dicapai pada 9 September 2015.
^Adrian Lai (31 August 2015). "GHB to form new Islamic party under existing political vehicle". New Straits Times. Dicapai pada 9 September 2015.
^Khairunnisa Kasnoon (31 August 2015). "Parti Amanah Negara jadi wadah politik GHB". Astro Awani. Dicapai pada 9 September 2015.
^Yap Tzu Ging (31 August 2015). "Harapan Baru aims for 35,000 members in takeover of Workers' Party". The Malay Mail Online. Dicapai pada 31 August 2015.
^Nabihah Hamid of The Malaysian Insider (16 September 2015). "Multiracial Amanah committed to carry on with Islamic agenda, says Mat Sabu". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2015. Dicapai pada 16 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Zulkifli Sulong of The Malaysian Insider (10 September 2015). "Malaysian Workers Party renamed Amanah in EGM. However, it is worth to note that no official AGM being made to elect a proper leadership team". The Edge Markets. Dicapai pada 10 September 2015.
^"Kepimpinan 2015". Amanah Negara. 6 September 2015. Dicapai pada 6 September 2015.
^"Senarai Ahli Dewan Negara". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 1 April 2020.
^"Amanah to contest in one parliamentary, three state seats in Penang". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-04-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-13. Dicapai pada 2018-04-15.
^"Bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan bertanding di Jasin". 10 April 2018.[pautan mati kekal]
^Noh, Norzamira Che (2020-07-28). "Adun Sabak dipecat dari Amanah". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-29.
^Halim, M. Fakhrull (2021-02-27). "3 lagi Adun dari Amanah sertai PKR". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-29.
^"Amanah sahkan Adunnya keluar parti, sertai PKR". Malaysiakini. 2020-11-16. Dicapai pada 2023-09-29.
^"Ini Parti Pilihan Mahfuz Selepas Keluar PAS - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-15. Dicapai pada 2023-09-29.
^"PAS Terengganu Desak Raja Kamarul Letak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-09-06. Dicapai pada 2023-09-29.
^ abcdefghij"PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-31. Dicapai pada 2023-09-29.
^"Adun Semantan Umum Keluar PAS, Sertai Parti Amanah Negara - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-09-09. Dicapai pada 2023-09-29.
^"Husam Umum Sertai Amanah - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2016-08-30. Dicapai pada 2023-09-29.