Pengiring pembinasa

USS Evarts

Pengiring pembinasa atau "destroyer escort (DE)" adalah satu pengelasan kapal perang berkelajuan 20-knot (37 km/j; 23 bsj) yang diguna pakai oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada pertengahan kurun ke-20. Ia dilengkapi dengan ketahanan yang diperlukan untuk mengiringi konvoi kapal-kapal dagang di laut lepas.[1]

Pembangunan pengiring pembinasa telah dipromosikan oleh keperluan Britain semasa Perang Dunia II untuk satu kapal perang anti kapal selam yang boleh beroperasi di laut lepas pada kelajuan sehingga 20 knot. Kapal-kapal "Pengiring Pemusnah British" ini telah direka oleh AS untuk dikeluarkan secara besar-besaran di bawah program Lend Lease di sebabkan ianya merupakan satu alternatif pada kos yang lebih murah berbanding dengan armada kapal pembinasa.[2]

Pasukan tentera laut Royal Navy dan Komanwel mengelaskan kapal-kapal sebagai frigat dan pengelasannya diterima pakai secara meluas apabila Amerika Syarikat mengelas semula pengiring pembinasa sebagai sebuah frigat (FF) pada tahun 1975. Bermula sekitar tahun 1954 sehingga tahun 1975, kapal-kapal Tentera Laut AS yang baharu dibina dan didesignasi sebagai pengiring pembinasa (DE) dikenali sebagai pengiring lautan. Jenis-jenis kapal perang serupa di dalam armada tentera laut lain pada masa itu termasuk 46 buah kapal Kaibōkan berkuasa diesel milik Tentera Laut Imperial Jepun,[3] 10 buah kapal pengiring kelas F dalam Kriegsmarine, dan dua buah kapal kelas Amiral Murgescu dalam Tentera Laut Romania.

Selepas perang, kapal-kapal pengiring pembinasa dan frigat mempunyai saiz lebih besar berbanding kapal-kapal yang dibina pada era perang, dengan keupayaan anti pesawat yang dipertingkatkan, tetapi bersaiz lebih kecil dan perlahan berbanding kapal pembinasa selepas era perang.[4] Semasa Perang Dingin, saiz kapal pengiring pembinasa sebesar saiz pembinasa semasa era perang, di mana Amerika Syarikat telah mengubahsuai beberapa pembinasa pada Perang Dunia II menjadi pembinasa pengiring (DDE).[5]

Pengiring pembinasa yang masih wujud

Empat buah pengiring pembinasa dipulihara sebagai kapal muzium, sementara yang lain masih berada dalam perkhidmatan aktif.

  • kelas-Edsall USS Stewart (DE-238) kini dipulihara di Galveston, Texas.
  • kelas-Cannon USS Slater (DE-766) dipulihara di Albany, New York.
  • kelas-Cannon BNS Bauru (BE-4), dahulunya USS McAnn (DE-179) kini dipulihara di Rio de Janeiro, Brazil.
  • kelas-Rudderow yang diubahsuai, ARC Cordoba (DT-15), dahulunya USS Ruchamkin (APD-89) kini dipulihara di Tocancipa, Colombia.
  • kelas-Cannon HTMS Pin Klao (DE-1), dahulunya USS Hemminger (DE-746), masih aktif dalam Tentera Laut Diraja Thailand sebagai sebuah kapal latihan. Ia adalah kapal pengiring pembinasa terakhir dari era Perang Dunia II yang masih aktif dalam tentera laut.
  • Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun mengoperasikan enam buah kelas-Abukuma.

Lihat juga

  • The Enemy Below, sebuah filem yang difilemkan di atas sebuah kapal DE
  • Senarai pembinasa dalam Perang Dunia II
  • Senarai kelas kapal pengiring dalam Perang Dunia II
  • Senarai Escorteur dalam Tentera Laut Perancis
  • Senarai frigat
    • Senarai frigat kelas Captain
    • Senarai frigat dalam Perang Dunia II
    • Senarai frigat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat subset di atas dengan nombor badan selepas DE/FF 1037 dan seterusnya selain kesemua DEG/FFG di sebabkan pengelasan semula kapal Tentera Laut AS 1975
  • Taktik tentera laut

Nota dan rujukan

Rencana ini merangkumi teks domain awam, Dictionary of American Naval Fighting Ships.

Nota kaki

Nota sumber

  1. ^ Blackman, pp. 393 & 394
  2. ^ Potter & Nimitz, p. 550
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama wat
  4. ^ Cooney, pp. 6 & 7
  5. ^ NAVPERS, pp. 32 & 35

Bibliografi

  • Blackman, Raymond V.B. (1970–71). Jane's Fighting Ships. Jane's Yearbooks.
  • Collingwood, Donald (1998). The Captain class frigates in the second world war: an operational history of the American-built destroyer escorts serving under the White Ensign from 1943–46. Leo Cooper. ISBN 978-0-85052-615-8. Dicapai pada 24 May 2012.
  • Cooney, David M. (1980). Ships, Aircraft and Weapons of the United States Navy. United States Government Printing Office.
  • Franklin, Bruce Hampton (1999). The Buckley-Class Destroyer Escorts. Chatham Publishing. ISBN 1-86176-118-X.
  • Friedman, Norman (1987). U.S. Small Combatants: An Illustrated Design History. Annapolis, Maryland: United States Naval Institute. ISBN 978-0870217135.
  • Friedman, Norman (2004). US Destroyers: An Illustrated Design History (ed. Revised). Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-442-3.
  • Lenton, H T. (1998). British and Empire Warships of the Second World War. Greenhill Books/Naval Institute Press. ISBN 1-85367-277-7. Dicapai pada 24 May 2012.
  • Lenton, H.T. (1974). British Escort Ships. Macdonald and Jane's. ISBN 0-356-08062-5. Dicapai pada 24 May 2012.
  • Morison, Samuel Eliot (1956). History of United States Naval Operations in World War II. Vol. 10: The Atlantic Battle Won, May 1943 – May 1945. Little, Brown and Company. ISBN 978-0316583107. Dicapai pada 24 May 2012.
  • NAVPERS (1955). Warship Identification Manual. United States Government Printing Office.
  • Potter, E.B.; Nimitz, Chester W. (1960). Sea Power. Prentice-Hall. ISBN 9780137968701.
  • Silverstone, Paul H. (1968). U.S. Warships of World War II. Doubleday & Company.
  • Watts, Anthony J. (1966). Japanese Warships of World War II. Doubleday & Company.

Sumber online

  • Mooney, James L. "Hotham". Dictionary of American Naval Fighting Ships. The Naval Historical Foundation. OCLC 2794587. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2004. Dicapai pada 22 August 2007.

Bacaan lanjut

  • On the subject of a particular example of this type of ship in World War II, the USS Abercrombie (DE-343), see Little Ship, Big War: The Saga of DE-343 by Edward Peary Stafford. Naval Institute Press (2000) ISBN 1-55750-890-9
  • On the subject of the Captain-class frigate variant of the destroyer escort in World War II, see The Captain Class Frigates in the Second World War by Donald Collingwood. published by Leo Cooper (1998), ISBN 0-85052-615-9

Pautan luar

  • DESA – Destroyer Escort Sailors Association
  • Destroyer Escort Historical Museum, Albany, NY
  • Captains Class Frigates
  • l
  • b
  • s
Kapal perang dan kapal tentera laut dalam Zaman Moden Akhir
  • Kelas kapal tentera laut dalam perkhidmatan
    • kapal selam
    • bantuan
  • Zon operasi
    • Blue-water navy
    • Brown-water navy
    • Green-water navy
  • Kedudukan meriam
    • Broadside
    • Central battery
    • Casemate
    • Turet
Kapal pengangkut pesawat
Battleship
Penjajap
  • Armored cruiser
  • Battlecruiser
  • Flight deck cruiser
  • Penjajap berat
    • Pocket battleship
  • Light cruiser
  • Merchant raider
  • Protected cruiser
  • Strike cruiser
  • Torpedo cruiser
  • Unprotected cruiser
Pengiring
Pengangkut
  • Amphibious transport dock
  • Amphibious warfare ship
  • Attack transport
  • Dock landing ship
  • Lancang pendaratan
  • Landing craft carrier
  • Landing Craft Support
  • Landing Ship Heavy
  • Landing ship, infantry
  • Landing Ship Medium
  • Landing Ship, Tank
  • Landing Ship Vehicle
  • Troopship
Lancang peronda
  • Armed boarding steamer
  • Kapal layar bersenjata
  • Coastal Motor Boat
  • Korvet
  • Bot bermeriam
  • Harbour Defence Motor Launch
  • Motor Launch
  • Naval drifter
  • Naval trawler
  • Ocean boarding vessel
  • Bot peronda
  • Kapal-Q
  • Steam Gun Boat
  • Pengejar kapal selam
  • Bot torpedo
Kapal serang laju
Peperangan ranjau
  • Danlayer
  • Destroyer minesweeper
  • Mine countermeasures vessel
  • Mine planter
  • Minehunter
  • Minelayer
  • Minesweeper
Perintah dan sokongan
  • Amenities ship
  • Ammunition ship
  • Auxiliary repair dock
  • Auxiliary ship
  • Collier
  • Combat stores ship
  • Command ship
  • Crane vessel
  • Depot ship
  • Destroyer tender
  • Dispatch boat
  • Fast combat support ship
  • General stores issue ship
  • Hospital ship
  • Naval tugboat
  • Net laying ship
  • Repair ship
  • Replenishment oiler
  • Submarine tender
Kapal selam
Pelbagai