Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2025

Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2025
Allianz Arena di Munich akan menjadi tuan rumah untuk pentas akhir.
PeristiwaLiga Juara-Juara UEFA 2024–25
Tarikh31 Mei 2025 (2025-05-31)
TempatAllianz Arena, Munich
← 2024
2026

Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2025 akan menjadi perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2024–25, kejohanan kelab bola sepak Eropah musim ke-70 yang dianjurkan oleh UEFA, dan musim ke-33 sejak ia dinamakan semula daripada Piala Kelab Juara Eropah kepada Liga Juara-Juara UEFA. Ia akan dimainkan di Allianz Arena, Munich, Jerman pada 31 Mei 2025.[1] Ini akan menjadi pentas akhir Liga Juara-Juara UEFA pertama yang dimainkan di bawah format baharu iaitu Sistem Swiss.[2]

Pemenang akan mendapat hak untuk bermain menentang pemenang Liga Europa UEFA 2024–25 dalam Piala Super UEFA 2025.

Lokasi

Allianz Arena akan menjadi tuan rumah untuk pentas akhir Liga Juara-Juara UEFA kali kedua, di mana kali pertama diadakan pada tahun 2012. Secara keseluruhannnya, ia akan menjadi pentas akhir Piala Eropah yang kelima yang diadakan di Munich, di mana pentas akhir sebelum ini telah diadakan di Olympiastadion pada tahun 1979, 1993, dan 1997. Pentas akhir juga akan menjadi perlawanan ke-9 berlangsung di Jerman, setelah juga berlangsung di Stuttgart pada tahun 1959 dan 1988, Gelsenkirchen pada tahun 2004, dan Berlin pada tahun 2015, memecah rekod sebanyak 9 perlawanan akhir Piala Eropah yang diadakan di Itali dan Sepanyol.[3] Allianz Arena sebelum ini menganjurkan perlawanan di Piala Dunia FIFA 2006, dan dipilih sebagai tempat tuan rumah untuk UEFA Euro 2020 dan UEFA Euro 2024.

Pemilihan tuan rumah

Pada 16 Julai 2021, Jawatankuasa Eksekutif UEFA mengumumkan bahawa Stadium Olimpik Atatürk di Istanbul akan menjadi tuan rumah Pentas Akhir Liga Juara-Juara UEFA 2023 dan bukannya di Munich.[4] Ini sebab Istanbul mengadakan perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang bertujuan untuk bandar mereka dipindahkan kerana pandemik COVID-19. Pada asalnya dirancang sebagai tuan rumah untuk pentas akhir 2020, perlawanan itu telah dipindahkan ke Lisbon, dan Istanbul menjadi tuan rumah pentas akhir 2021.[5] Bagaimanapun, beberapa minggu sebelum perlawanan akhir, perlawanan tersebut telah dipindahkan ke Porto atas sekatan perjalanan.[6]

Munich, yang pada asalnya dipilih menjadi tuan rumah pentas akhir 2022 oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA semasa mesyuarat mereka di Ljubljana, Slovenia pada 24 September 2019,[7] kemudiannya dirang untuk menjadi tuan rumah pentas akhir 2023 selepas peralihan tuan rumah pentas akhir. Bagaimanapun, bandar tersebut telah dianugerahkan perlawanan akhir pada tahun 2025 selepas dilanggar oleh Istanbul pada tahun 2023.[4]

Perlawanan

Butiran

Pasukan "tuan rumah" (untuk tujuan pentadbiran) akan ditentukan dengan cabutan tambahan yang diadakan selepas undian suku akhir dan separuh akhir.

TBD v TBD

Peraturan perlawanan

  • 90 minit.
  • 30 minit masa tambahan jika perlu.
  • Sepakan penalti sekiranya keputusan masih sama.
  • Maksimum dua belas pengganti yang dinamakan.
  • Maksimum lima penggantian, dengan yang keenam dibenarkan dalam masa tambahan.
  • Setiap pasukan hanya akan diberi tiga peluang untuk membuat penggantian, dengan peluang keempat dalam masa tambahan.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "UEFA club competitions cycle 2024–27 ("Post 2024")". UEFA Circular Letter. No. 36/2023. Union of European Football Associations. 7 July 2023. Dicapai pada 10 July 2023.
  2. ^ "UEFA approves final format and access list for its club competitions as of the 2024/25 season | Inside UEFA". 10 May 2022.
  3. ^ "UEFA Champions League Statistics Handbook 2013/14: Finals" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 2014. Dicapai pada 24 September 2019.
  4. ^ a b "Venues appointed for club competition finals". UEFA.com. Union of European Football Associations. 16 July 2021. Dicapai pada 16 July 2021.
  5. ^ "UEFA competitions to resume in August". UEFA.com. Union of European Football Associations. 17 June 2020. Dicapai pada 17 June 2020.
  6. ^ "UEFA Champions League final to move to Portugal to allow 6,000 fans of each team to attend". UEFA.com. Union of European Football Associations. 13 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2021. Dicapai pada 13 May 2021.
  7. ^ "Champions League final hosts announced for 2021, 2022 and 2023". UEFA.com. Union of European Football Associations. 24 September 2019. Dicapai pada 24 September 2019.