Perbadanan Stadium Malaysia

Perbadanan Stadium Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk26 Disember 1963 (1963-12-26)
JenisKerajaan
Ibu pejabat Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, Sri Petaling, 57700 Kuala Lumpur
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Dato' Gerald Hans Isaac, Pengerusi
  • Iliyas bin Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi induk
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Laman sesawang
https://www.stadium.gov.my/

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS). PSM bertanggungjawab mengurus dan menjaga kompleks serta arena sukan yang ditetapkan oleh KBS. Selain acara sukan, kompleks dan arena ini juga dibuka untuk pelbagai acara lain seperti konsert, konvensyen, ekspo, pameran, majlis perkahwinan, dan acara-acara lain yang sesuai dengan tempat tersebut.

Info Korporat [1]

Visi

Menjadikan arena yang diselia oleh PSM sebagai pilihan bagi acara sukan dan bukan sukan in serantau.

Misi

  • Memberikan fasiliti bertaraf antarabangsa dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan
  • Menganjurkan pelbagai acara sukan, hiburan dan pendidikan
  • Menyediakan platform marketing and research bagi industri sukan dan pelancongan
  • Mempromosikan gaya hidup sukan kepada komuniti

Stadium yang Terlibat

Kompleks Sukan Kemudahan
Kuala Lumpur Sports City Arena Axiata
Stadium Hoki Nasional
Pusat Akuatik Nasional
Stadium Nasional Bukit Jalil
Pusat Skuasy Nasional
Dewan Sri Putra
Kompleks Sukan Jalan Duta Pusat Tenis Nasional
Stadium Hoki Tun Razak
Pusat Skuasy Jalan Duta
Kompleks Sukan Setiawangsa Stadium Mini
Kolam Renang
Dewan Serbaguna
Kompleks Sukan Shah Alam Stadium Mini
Gelanggang Tenis
Gelanggang Sepak Takraw
Gelanggang Bola Jaring
Gelanggang Futsal
Kolam Renang
Dewan Serbaguna
Pusat Kecemerlangan Akuatik Kuching, Sarawak Kolam Renang
Asrama
Dewan Serbaguna
Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang Padang Bola Sepak
Bangunan Pentadbiran

Kontroversi

Rumput Zeon Zoysia

Pihak pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil telah dikecam teruk oleh rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak tanah air apabila rumput padang Zeon Zoysia yang baru dinaik taraf telah digunakan bagi konsert Coldplay yang mengakibatkan kerosakan. Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Datuk Hans Isaac telah memberi kenyataan bahawa rumput tersebut akan kembali pulih sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah meluahkan rasa kesal baginda dengan tindakan PSM.

  1. ^ https://stadium.gov.my/