Pinjaman Syurga

Pinjaman Syurga ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Shuhaimi Zulkefli dan Bob Fitri terbitan Anomali Media Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Janna Nick, Gambit Saifullah, Keith Foo dan Akif Darwisy. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 dari 5 September hingga 16 September 2024, menggantikan Dulu Dollah Daebak.

Pinjaman Syurga
GenreKeluarga
Drama Psikologi
PenciptaHariff Ahamat
Ditulis oleh
  • Shaza Talib
  • Suzanna Zaily Zin
Pengarah
  • Shuhaimi Zulkefli
  • Bob Fitri
Dibintangi oleh
  • Janna Nick
  • Gambit Saifullah
  • Keith Foo
  • Akif Darwisy
Lagu pembukaan"Melewati Mimpi" - Amira Othman
Lagu penutup"Melewati Mimpi" - Amira Othman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit
  • Hariff Ahamat
  • Rosnita Abdul Rahman
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Anomali Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Akasia)
Tonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 September 2024 – 16 September 2024
Kronologi
MengikutiDulu Dollah Daebak
Diikuti olehHai Cinta, Dengarkanlah

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Sinopsis

Mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.

Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo) yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki mereka iaitu Haikal (Akif Darwisy) adalah seorang kanak-kanak autisme. Seperti angin badai yang tiba tanpa diduga, berita ini menggoncang kehidupan bahagia selama lima tahun perkahwinan mereka, menguji kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang yang ada.

Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

Namun, seberapa kuatkah seorang ibu seperti Natasha dapat menghadapi ujian ini sendiri dan mampukah Natasha membesarkan anak pinjaman syurga ini dengan penuh kasih sayang sehingga ke akhir?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon kanak - kanak

  • Akif Darwish sebagai Haikal
  • Faleeq Athar sebagai Haikal 2 tahun

Pelakon pembantu

Pautan luar

TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 malam
Sebelumnya Pinjaman Syurga Berikutnya
Dulu Dollah Daebak Hai Cinta, Dengarkanlah